OBJEKTIF DAN TUJUAN

OBJEKTIF

MEMASTIKAN WARGA MALAYSIA MENDAPAT MAKLUMAT DAN MEMAHAMI BAHAYA DARVIH

MENYELAMATKAN GOLONGAN YANG TERJEBAK DARVIH

MEMPERKASAKAN KERJASAMA DENGAN AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN NGO DALAM MENANGANI MASALAH DARVIH DI MALAYSIA

 

TUJUAN

  • Untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan najis dadah serta bahan seumpamanya melalui penglibatan masyarakat dalam program latihan, pendidikan pencegahan dadah. Di samping itu bekerjasama dengan pelbagai organisasi yang mempunyai peranan yang sama dengan PEMADAM.

  • Untuk melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah di peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah dan dengan Pihak Berkuasa Tempatan.

  • Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan dalam usaha membanteras penanaman, pengeluaran dan perniagaan dadah, dan seumpamanya yang menyalahi undang-undang negara.

  • Untuk menjalankan aktiviti penyelidikan mengenai penggunaan dan penyalahgunaan najis dadah serta bahan yang seumpamanya bagi membantu mereka yang terlibat melalui program susulan Jagaan Lanjutan.

 

(Fasal 4: Perlembagaan PEMADAM)