SEJARAH

 

….“Oleh kerana dadah menyentuh kepentingan kebangsaan maka terpaksalah segala gerakan dan tindakan dijalankan bercorak nasional….

Saya suka mengesyorkan supaya dibentuk  sebuah badan yang diberi nama Persatuan Kebangsaan Mencegah Penyalahgunaan Dadah atau National Association for the Prevention of Drug Abuse dan saya yakin dengan adanya Persatuan ini gerakan-gerakan membasmi pengaruh dadah ini akan mencapai kejayaan sepenuhnya.”

 

UCAPAN YAB TUN ABDUL RAZAK HUSSIEN, PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 18, 31 OGOS 1975

“….Dengan sebab itulah tindakan yang akhir Perdana Menteri menyatakan pada hari merdeka yang lepas, kita akan tubuhkan dan saya harap Yang Berhormat Dato Athi Nahappan yang mengelolakan perkara ini iaitu Persatuan Kebangsaan Penyalahgunaan Dadah yang akan diadakan di bawah naungan Perdana Menteri yang melibatkan yang boleh kita adakan untuk peringkat Persekutuan,peringkat negeri dan peringkat termasuk memberi sokongan kepada Menteri-Menteri Besar melibatkan tiap-tiap seorang dan pihak-pihak yang bertanggungjawab dari peringkat Persekutuan hingga Negeri, Daerah dan Mukim.”

 

KENYATAAN PERBAHASAN OLEH YB TAN SRI KADIR YUSOF, PADA 14 JANUARI 1976 JAM 6.31 PETANG DALAM SIDANG DEWAN NEGARA KEEMPAT –DI BANGUNAN PARLIMEN.

Menyedari bahaya dan impak DADAH, YAB Datuk Hussien Onn selaku Perdana Menteri Ke-3 meneruskan agenda Allahyarham Tun Razak Hussien untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa terpelihara daripada ancaman DADAH.

“we are concerned with the effect of drug abuse, so are we concerned with those who abuse political power. The danger is the same. They create instability and non-confidence in Government. To ensure peace and stability we will take measures to ensure that they are minimised.Drug abuse was infection psychological disease which could easily spread and develop into social disease”

YAB Datuk Hussien Onn
22 Mac 1976
Hari Pelancaran Persatuan Kebangsaan Mencegah Salahguna Dadah

 

Pada awal penubuhan PEMADAM beroperasi di 12 Negeri dan 55 Daerah.

Pada 15 Julai 1986, PEMADAM turut menjadi pengasas kepada penubuhan International Federation of Non Government Organisations for Substance Abuse  (IFNGO) bersama 40 negara anggota yang memperjuangkan agenda membanteras penyalahgunaan dadah. Sekretariat IFNGO terletak di Ibu Pejabat PEMADAM Kebangsaan. PEMADAM juga turut aktif di dalam aktiviti United Nation Office on Drugs and Crime (UNODC), World Health Organization (WHO),  World Federation of Therapeutic Communities (WFTC) dan Colombo Plan.