PENGENALAN

PEMADAM adalah singkatan daripada PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA merupakan pertubuhan sukarela yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. PEMADAM ditubuhkan di atas sokongan rakyat maka segala usaha yang dilaksanakan atas kepentingan rakyat. PEMADAM mengajak ke arah kebaikan dan menyeru rakyat Malaysia menghargai kehidupan mereka dengan mengelakkan diri daripada terjerumus dengan aktiviti yang tidak membawa manfaat kepada diri, keluarga, bangsa dan agama.

PEMADAM sebagai NGO yang Proaktif, bertindak secara Efektif, mampu memberi Maklumat yang tepat, kepimpinannya Amanah serta bersikap Dinamik, Mementingkan Agama dan berjiwa Merdeka daripada bahana DADAH.

Teras gerak kerja PEMADAM ialah FAST (Fathonah, Amanah, Siddiq, Tabligh) atau BAJA (Bijaksana, Amanah, Jujur dan Ajar) memberi penekanan kepada konsep HIDUP PENUH ERTI. PEMADAM bertanggungjawab menyuntik budaya kerja Dari Hati Dengan Hati yang istiqamah. PEMADAM sebagai NGO Strategik Negara berupaya membantu kerajaan merealisasikan MALAYSIA BEBAS DADAH.

PEMADAM telah dilancarkan pada 22 Mac 1976 oleh YAB Tun Hussien Onn, Perdana Menteri Malaysia Ke-3. Mengikut Perlembagaan PEMADAM pindaan 2019, Penaung PEMADAM Kebangsaan ialah YAB Perdana Menteri Malaysia. Menteri Dalam Negeri atau Timbalan Menteri Dalam Negeri akan dilantik sebagai Yang Dipertua PEMADAM oleh Penaung PEMADAM Kebangsaan.  

PEMADAM telah dilancarkan pada 22 Mac 1976 oleh YAB Tun Hussien Onn, Perdana Menteri Malaysia Ke-3. Mengikut Perlembagaan PEMADAM pindaan 2019, Penaung PEMADAM Kebangsaan ialah YAB Perdana Menteri Malaysia. Menteri Dalam Negeri atau Timbalan Menteri Dalam Negeri akan dilantik sebagai Yang Dipertua PEMADAM oleh Penaung PEMADAM Kebangsaan.  Senarai Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan adalah seperti berikut:-

Penaung PEMADAM Negeri ialah YAB Menteri Besar/Ketua Menteri. Penaung PEMADAM Wilayah Persekutuan ialah YB Menteri Wilayah Persekutuan. Mereka bertanggungjawab melantik Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri. Pengerusi PEMADAM Daerah/Jajahan ialah Pegawai Daerah. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pengurus Kawasan DBKL dilantik menjadi Pengerusi PEMADAM Parlimen.   

PEMADAM KEBANGSAAN ditadbirkan oleh satu badan iaitu Majlis Anti DADAH PEMADAM Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua PEMADAM. Untuk melicinkan jentera pengurusan dan pelaksanaan program dan aktivitinya, 11 biro telah diwujudkan. Sementara di PEMADAM Negeri dipimpin oleh Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri yang dan Jawatankuasa Kerja PEMADAM Daerah.

PEMADAM beroperasi di seluruh negara melibatkan 175 PEMADAM Daerah.