Gerak kerja yang bersepadu dalam PEMADAM direalisasikan dengan peranan Biro-Biro PEMADAM. Semua biro yang ditubuhkan di peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah dan Unit akan diberi nafas baru. Ini bertujuan memastikan segala perancangan aktiviti dan program dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Barisan kepimpinan biro dipertanggungjawabkan sebagai tunjang kepada pelaksanaan program PEMADAM. Biro menjadi sumber kekuatan PEMADAM dalam memperkasakan program pendidikan pencegahan DADAH di peringkat akar umbi.
Pengurusan semua biro disediakan dengan hala tuju lebih berfokus selaras dengan aspirasi PEMADAM dan kehendak masyarakat. Perkara ini membantu mempertingkatkan mutu perkhidmatan PEMADAM kepada ahli dan masyarakat umum. Penubuhan biro-biro ini membantu PEMADAM memastikan semua kumpulan sasar mengikuti program PEMADAM. Biro-biro ini ialah:-
PENGERUSI BIRO LATIHAN & PENERANGAN
YBhg. Dato’ Haji Kaswuri bin Keman
PENGERUSI BIRO ANTARABANGSA
YBhg. Profesor Datuk Dr. Mohd Tajudin bin Haji Md. Ninggal