Lambang mengandungi bintang lima sudut yang sama bentuknya berwarna hijau, dilingkungi dalam satu bulatan. Bintang itu, dilukis sedemikian sehingga kelima-lima hujungnya hampir-hampir menyentuh lingkaran bulatan itu. Di bahagian tengah bintang itu terdapat genggaman tangan berwarna putih. Perkataan-perkataan DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT berwarna hijau, menjadi lingkaran bulatan itu dan perkataan PEMADAM warna hijau di tengah – tengah reka bentuk rantai mengikat dua rangkaian bunga padi.

  1. Bintang yang bersudut lima itu melambangkan lima prinsip Rukun Negara

  2. Rantainya melambangkan belenggu penagihan dadah dan pentingnya kegelutan untuk bebas dari najis dadah

  3. Jari-jari digenggam melambangkan azam untuk melawan ancaman najis dadah dan untuk menolong mangsa-mangsanya.

  4. Perkataan PEMADAM ialah singkatan nama Persatuan itu dan membawa pengertian untuk membanteras najis dadah.

  5. Cogan kata  DARI  RAKYAT  UNTUK  RAKYAT menunjukkan  penyertaan  rakyat dalam menghapuskan bencana

  6. Perkataan MALAYSIA memperkenalkan kepada dunia luar betapa gigihnya Negara ini memerangi najis dadah

  7. Simbol bunga padi yang melengkung di kiri dan kanan menunjukkan kesuburan bagi rakyat negara ini

 

KETERANGAN WARNA

  • MERAH           Melambangkan sifat keberanian dan ketegasan

  • KUNING          Melambangkan Negara Beraja dan Berpelembagaan

  • HUJAU            Melambangkan kesejahteraan dan keamanan serta kesuburan

  • PUTIH             Melambangkan kesucian dan keikhlasan serta bertanggungjawab