Anak penggal kepala ibu hingga maut

KUALA SELANGOR – Seorang wanita berusia 56 tahun maut dipercayai dipenggal kepala oleh anaknya dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang di sini pada Sabtu.

Suspek yang berusia 28 tahun itu dikatakan membunuh mangsa ketika berada di ruang tamu berikutan terdapat kesan darah di sekitarnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian disedari oleh salah seorang daripada anak mangsa yang pergi ke kediaman berkenaan selepas beberapa kali gagal menghubungi mangsa.

“Sebaik tiba di rumah itu, anak mangsa nampak ruang tamu rumah berlumuran darah dan suspek yang terkejut terus melarikan diri di ke arah belukar di belakang rumah,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, polis menerima maklumat kejadian pada jam 5.45 petang sebelum menahan suspek di kawasan belukar tersebut dengan bantuan penduduk kampung.

Tambahnya, polis turut menemui parang yang disyaki digunakan untuk memenggal kepala mangsa dalam tandas rumah tersebut.

Beliau memberitahu, suspek yang juga penganggur menetap bersama ibu dan bapanya manakala anak-anak mangsa lain menyewa di kawasan berhampiran.

“Laporan awal ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan amphetamine,” katanya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan membunuh dan mahkamah Majistret Kuala Selangor membenarkan reman selama tujuh hari sehingga Sabtu depan,” katanya.

SUMBER: Sinar Harian

Polis tumpaskan sindiket dadah dari Malaysia

JAKARTA: Seramai lapan indi­vidu yang menjadi pengedar dadah sindiket dari Malaysia diberkas sepasukan polis da­lam operasi di dua lapangan terbang di Jakarta Timur.

Hasil serbuan itu, Tim­balan Ketua Polis Metro Ja­karta, Setyo Koes Hariyanto berkata, pihaknya merampas sebanyak dua kilogram metham­phe­tamine melibatkan dua lokasi di Ciracas dan Polugadung, lapor Detik.com.

“Hasil maklumat awal yang diterima dari Jakarta Pusat menga­takan kes berlaku di Jakarta Timur dan kita menjejak suspek di dua lokasi tersebut,” katanya dalam sidang akhbar.

Menurut Setyo, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi melumpuhkan rangkaian dadah tersebut.

“Kita mahu menyiasat kes ini sehingga rangkaian terbesar supaya kes pengedaran dadah di Jakarta dapat ditumpaskan sepenuhnya,” tegasnya.

Semua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Metro Jakarta Pusat dan menghadapi pertuduhan berkaitan dadah yang boleh membawa kepada hukuman mati.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

Bapa dan anak antara lima ditahan edar dadah

KUALA LUMPUR – Seorang bapa dan anak merupakan antara lima individu yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, pihaknya menjalankan risikan selama sebulan ke atas sindiket berkenaan sebelum melancarkan Op Conglomerate sekitar pukul 3.20 petang Rabu lalu.

Menurut Sahar, dalam serbuan itu, tiga lelaki warga tempatan dan dua wanita warga asing yang berusia lingkungan 20 hingga 55 tahun berjaya diberkas.

“Ketua sindiket ini merupakan seorang lelaki tempatan berumur 55 tahun yang ditahan bersama anak lelakinya berumur 29 tahun kerana didapati menjalankan aktiviti pengedaran dadah.

“Menerusi serbuan di tiga lokasi berbeza iaitu Pudu Ulu dan Cheras serta Puchong, Selangor, polis telah merampas serbuk MDMA seberata 20.38 kilogram, cecair MDMA (26.59 liter), methamphetamine (277.5 gram), pil erimin 5 (500 biji), pil ekstasi (65 biji), kapsul MDMA (182 biji) serta wang tunai sebanyak RM3,420,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Sahar berkata, siasatan awal mendapati premis tersebut dijadikan sebagai tempat penyimpanan dadah dan disewa selama empat bulan dengan bayaran antara RM2,150 hingga RM2,200 sebulan.

Tambah Sahar, hasil ujian air kencing mendapati tiga daripada lima suspek terbabit positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya lagi, hasil semakan mendapati seorang suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Suspek pertama ditahan reman selama lima hari bermula semalam sehingga 9 Ogos manakala empat lagi suspek direman tujuh hari sejak semalam sehingga 11 Ogos.

“Jadi menerusi tangkapan ini, pihak polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi warga tempatan dipercayai bergiat aktif selama tiga bulan di sekitar Lembah Klang,” ujarnya.

Menurut Sahar, nilai keseluruhan rampasan dadah berserta wang tunai dianggarkan kira-kira RM1.28 juta.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

SUMBER : MalaysiaGazette

International Day against Drug Abuse and Illicit Trafficking






2021 THEME

Share Facts On Drugs, Save Lives

The International Day against Drug Abuse and Illicit Trafficking, or World Drug Day, is marked on 26 June every year, to strengthen action and cooperation in achieving the goal of a world free of drug abuse.

And each year, individuals like yourself, entire communities, and various organizations all over the world join in on this global observance, to raise awareness of the major problem that illicit drugs represent for society.

Together, we can tackle the world drug problem!

What Can You Do?

All you have to do is #ShareFactsOnDrugs to help #SaveLives.

Do your part and combat misinformation by sharing the real facts on drugs — from health risks and solutions to tackle the world drug problem, to evidence-based prevention, treatment, and care.

1)    Know the facts

2)    Only share information from verified sources, like UNODC

And you can start now. Get engaged by sharing the right facts on drugs right from our Twitter and Facebook channels.

You can also access and share our social media resources and support us in promoting the facts on drugs.

What UNODC Does

Every year, UNODC issues the World Drug Report, full of key statistics and factual data obtained through official sources, a science-based approach and research.

UNODC continues to provide facts and practical solutions to address the current world drug problem, and remains committed to attaining a vision of health for all based on science.

COVID-19 has brought unprecedented public awareness on health, protective measures for staying healthy, and most importantly, and on  protecting each other. A growing sense of global community and solidarity continues to emerge, as does the need to ensure health care for all.

World Drug Day is a day to share research findings, evidence-based data and life-saving facts, and to continue tapping into a shared spirit of solidarity.

UNODC invites everyone to do their part, by taking a firm stance against misinformation and unreliable sources; while committing to sharing only the real science-backed data on drugs and save lives.

By working together, we can tackle the world drug problem.

 

SUMBER : World Drug Day – 26 June (unodc.org)

JSJN RAMPAS DADAH PIL CAPTAGON BERNILAI LEBIH RM221 JUTA

 

PELABUHAN KLANG, 8 April — Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merampas 650 kilogram dadah jenis pil captagon atau dikenali sebagai ‘dadah jihad’ bernilai lebih RM221.86 juta di Pelabuhan Klang, Isnin lepas.

Pengarah JSJN Datuk Razarudin Husain berkata rampasan kedua dadah jenis tersebut di Malaysia itu adalah hasil perkongsian  maklumat perisikan daripada Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

“Dadah itu telah dibawa dari negara Timur Tengah dan singgah di Pelabuhan Klang sebelum dirancang untuk menuju ke negara-negara Asia Barat untuk memenuhi permintaan pasaran di sana,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata susulan hasil maklumat risikan tersebut pihaknya telah berjaya mengesan sebuah kapal yang berlabuh di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang di sini pada Ahad lepas.

“Maklumat risikan mendedahkan sebuah kontena daripada kapal tersebut akan dipindahkan ke kapal lain yang akan meneruskan perjalanan ke Singapura pada 6 April,” katanya.

Razarudin berkata dadah yang disimpan di dalam aluminium floor spring itu berjaya dikesan pihak berkuasa melalui hasil imbasan yang menimbulkan imej yang mencurigakan.

Namun katanya tiada tangkapan dibuat dalam operasi tersebut dan JSJN dan pihak berkuasa Arab Saudi akan terus bekerjasama untuk menangkap  pihak yang terlibat.

Menurutnya pil itu pada mulanya digunakan oleh Jerman untuk membesarkan otot seawal 1960-an namun telah diharamkan penggunaannya di Amerika Syarikat dan Eropah itu pada 1980-an kerana dikategorikan sebagai dadah.

Razarudin berkata dadah yang mempunyai kandungan amfetamina dan fenethylline itu biasanya digunakan oleh militan Daesh untuk menimbulkan rasa berani dan kini mula digunakan di pusat-pusat hiburan, namun katanya dadah tersebut masih belum memasuki pasaran Malaysia.

“Kita tidak mahu Malaysia dijadikan negara transit dadah dan mahu menyekat dadah ini dari masuk ke dalam negara ini,” katanya.

SUMBER : BERNAMA