LEBIH 2 TAN DADAH BERNILAI RM105.9 JUTA DIRAMPAS

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang mematahkan cubaan menyeludup 2,118 kilogram dadah bernilai RM105.9 juta, di Perairan Pulau Kendi, Teluk Kumbar di sini, 9 Disember lalu.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata dadah jenis methamphetamine itu dirampas dalam bot rekreasi yang dikelolakan jurumudi warga tempatan berusia 26 tahun.

Maritim Malaysia mengesan pergerakan bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan pada jam 11.30 pagi sebelum mengarahkannya berhenti.

Bagaimanapun, jurumudi bot itu memecut laju sebelum nekad terjun ke laut selepas dikejar anggota Maritim Malaysia selama 30 minit.

“Lelaki itu kemudiannya ditahan di kedudukan 5.3 batu nautika selatan Pulau Kendi manakala bot yang bergerak tanpa pengemudi itu turut dihentikan.

“Pemeriksaan dalam bot terbabit menemui 130 guni berisi 1,998 paket bungkusan teh Cina mengandungi hablur kristal dipercayai methamphetamine,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Mohd Zubil berkata, siasatan mendapati suspek bergerak dari Sungai Juru menaiki bot kosong ke Pulau Kendi dan menukarkannya dengan bot berisi dadah sebelum kembali ke Sungai Juru.

Ini adalah kali ketiga suspek membawa bekalan dadah selepas Oktober dan November lalu dengan upah sebanyak RM5,000 bagi setiap penghantaran 500kg.

Bagi penghantaran terakhir ini, suspek diberi upah RM10,000 dan bekalan dipercayai untuk pasaran Indonesia.

“Kita sedang menyiasat bagaimana bot berisi bekalan dadah itu boleh masuk ke negara ini. Mungkin ia ada kaitan dengan rampasan dadah RM10.53 juta di 3.0 batu nautika barat daya Pulau Betong, 3 Disember lalu,” katanya.

Bot rekreasi bersama dua enjin sangkut bernilai RM150,000 yang digunakan suspek dirampas manakala suspek direman selama tujuh hari bermula 10 Disember dan disiasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

SUMBER: BERITA HARIAN

20 INDIVIDU DITAHAN SERTAI PESTA LIAR DAN DADAH DI KONDOMINIUM

KUALA LUMPUR: Polis menahan 20 individu dalam serbuan di dua unit kondominium ketika mereka disyaki sedang leka berpesta liar termasuk menghisap dadah di Jalan Sultan Ismail dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam serbuan pertama pada kira-kira 1 pagi di sebuah unit kondominium, polis menahan enam individu terdiri daripada lima lelaki dan seorang perempuan berusia lingkungan 21 hingga 27 tahun.
Beliau berkata pemeriksaan di dalam premis membawa kepada penemuan pelbagai jenis dadah iaitu 2.05 gram ganja, dua pil erimin 5, satu gram ketamin dan sebiji pil ecstasy serta botol plastik disyaki alat untuk menghisap ganja.
“Hasil saringan mendapati empat lelaki posititf dadah jenis metamfetamin serta ketamin dan kesemua mereka ditahan reman dua hari untuk siasatan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Zainal berkata dalam serbuan kedua di lokasi sama pada kira-kira 2 pagi, 14 lelaki berusia lingkugan 20 hingga 27 tahun ditahan dan pelbagai jenis dadah turut ditemukan.
Beliau berkata ujian air kencing mendapati 13 suspek positif dadah jenis metamphetamin, tetrahidrokanabinol, amfetamin serta ketamin dan kesemua mereka ditahan reman sehari untuk siasatan lanjut.
Katanya semakan mendapati kedua-dua unit kondominium disewa pada kadar RM225 dan RM500 sehari dan jemputan untuk menghadiri parti itu dibuat menerusi kenalan serta laman sosial.
— BERNAMA
SUMBER: ASTRO AWANI

2 LELAKI, SEORANG WANITA DITAHAN BERSAMA SYABU

Beaufort: Tiga individu termasuk seorang wanita yang dipercayai sedang menjalankan kegiatan pengedaran dadah ditahan dalam operasi khas di tepi pantai Kampung Mempakul, Menumbok di sini.

Operasi dijalankan pada 9.30 pagi Isnin lalu oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah dan dibantu pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan dan IPD Beaufort.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir A Razak berkata, dua lelaki yang ditahan berusia 45 dan 57 tahun serta wanita berusia 22 tahun.

Menurutnya, polis turut merampas dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM90,000.

“Berdasarkan maklumat suspek yang menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux itu berhenti di kawasan di tepi pantai berkenaan dan membawa satu bungkusan dipercayai berisi dadah yang diletakkan di celah batu.

“Pasukan polis kemudiannya bertindak menghampiri kenderaan itu dan memperkenalkan diri sebagai polis dan terus menahan semua suspek,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Azmir berkata, polis kemudiannya bertindak memeriksa bungkusan plastik teh cina berkenaan dan menemui ketulan hablur disyaki dadah seberat 2,065 gram.

Katanya, semua suspek ditahan sebelum dibawa ke pejabat BSJN IPD Beaufort untuk tindakan lanjut.

“Saringan awal mendapati dua daripada tiga suspek positif methamphetamine dan amphetamine, manakala suspek perempuan negatif dadah.

“Siasatan awal mendapati suspek utama memperolehi bekalan syabu dari Kota Kinabalu dan dipercayai akan diedar ke Menumbok bagi tujuan penjualan serta transaksi dadah ke Labuan,” katanya.

Azmir berkata, semua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B, Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39 C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

SUMBER: MY METRO

SINGAPURA KECEWA PBB KELUARKAN GANJA DARI SENARAI NARKOTIK BERBAHAYA

SINGAPURA: Republik ini menentang keputusan Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin untuk mengeluarkan ganja untuk kegunaan perubatan dari senarai dadah berbahaya.

Undian menyaksikan 27 daripada 53 negara anggota Suruhanjaya Dadah Narkotik (CND) mengundi untuk menyokong keputusan PBB itu.

Singapura yang hanya menandatangani bagi mengiktiraf konvensyen kawalan dadah antarabangsa, tidak dikira sebagai anggota CND dengan hak mengundi.

Wakil Tetap Singapura ke PBB, Umej Bhatia, berkata wujud kekurangan bukti kukuh bagi menyokong syor CND, terutama mengenai keselamatan dan keberkesanan ganja serta bahan membabitkannya untuk tujuan perubatan.

“Namun syor berkenaan masih diterima dan diluluskan walaupun banyak dipertikaikan dalam kalangan negara anggota CND.

“Ini juga secara jelas bercanggah dengan dasar Singapura mengenai dadah berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Kementerian Dalam Negeri (MHA), dalam satu kenyataan, berkata Singapura kecewa dengan keputusan itu, sambil menambah tiada bukti kukuh untuk menyokong cadangan berkenaan.

Ganja dijadualkan di bawah Jadual IV Konvensyen Tunggal 1961 bagi Dadah Narkotik bersama heroin.

Singapura bersama 28 negara ahli lain mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa penerimaan syor itu tidak boleh dilihat sebagai sokongan kepada penggunaan ganja atau membawa kepada kelonggaran kawalannya.

“Penerimaan syor ini akan menghantar isyarat salah bahawa CND mempunyai pendirian yang lemah terhadap ganja, sekali gus menimbulkan persepsi salah dalam kalangan orang awam.

“Golongan muda terutamanya mungkin bertanggapan dadah itu sudah tidak lagi berbahaya berbanding sebelumnya, walaupun wujud bukti kukuh bahawa ia masih berbahaya,” katanya.

Justeru, MHA itu menekankan Singapura tetap dengan pendirian tegas tidak sama sekali akan bertolak ansur terhadap penyalahgunaan dadah.

“Singapura akan terus melaksanakan undang-undang ketat membanteras penyeludupan, pemilikan, penggunaan dan import atau eksport dadah terlarang termasuk ganja, demi melindungi kesihatan dan kebajikan rakyat kami.

“Pada masa sama, kita akan terus membenarkan akses terkawal secara selamat bagi kegunaan ganja untuk perubatan berteraskan rangka kerja ditetapkan bagi pembekalan, rawatan dan pengeluaran dadah secara terkawal di Singapura,” katanya.

Syor untuk mengeluarkan ganja daripada senarai narkotik berbahaya pertama kali dibuat oleh WHO pada 2019 tetapi tidak mendapat sokongan yang mencukupi. – AGENSI

SUMBER: BERITA HARIAN

 

9 COPS ARRESTED FOR DISTRIBUTING DRUGS AT POLICE LOCK-UP

JOHOR BARU: Nine policemen in Kota Tinggi have been arrested allegedly for distributing drugs at the district police headquarters lock-up.

One of them even had a previous record for gang robbery in 2012.

Johor police chief Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay said also arrested was a 23-year-old woman who is the daughter of one of the detainees at the lock-up.

“The case was uncovered on Nov 22 when police conducted urine tests on 16 detainees from the Ulu Choh prison. Five tested positive.

“Subsequently, we held a check at the lock-up on Nov 29 and found 38.65g of syabu and 42.25g of heroin worth about RM6,000,” Ayob Khan said.

He said the police then conducted urine tests on 129 detainees at the lock-up and found 22 of them tested positive for drug use.

“After further investigation, we arrested nine police personnel comprising eight men and one woman aged between 20 and 36.

“All of them, with various ranks from constable to corporal, were posted as guards at the lock-up.”

He said two of the police personnel and the woman (daughter of one of the lock-up detainees) tested positive for drug use.

“One of the police personnel who tested positive also had a previous criminal record for gang robbery in 2012.”

Ayob Khan said the modus operandi centred on the woman, who would bring the drugs to the lock-up. The drugs would then be passed to the policemen for distribution.

“This has been happening since early November. The police personnel were paid between RM50 and RM1,500 each time they smuggle in the drugs,” said Ayob Khan.

The case was being investigated under Section 39B, Section 39A(1), Section 6 and Section 15(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952.

Ayob Khan also said the state Integrity and Standard Compliance Department had opened a disciplinary investigation against the Kota Tinggi police chief, the district Narcotics Criminal Investigation Department chief and the Kota Tinggi police station officer in charge.

“They should be accountable for what is happening. How can the police chief let this happen right under his nose when the lock-up and the district police headquarters are located at the same place?” said Ayob Khan.

He said if found guilty, these senior officers face actions including suspension and termination of their service.

SUMBER : NST

IBU, ISTERI ANTARA 6 DITAHAN BERSAMA DADAH RM8.14 JUTA

GEORGETOWN – Dua peniaga buah antara enam ahli sindiket yang ditahan bersama dadah bernilai RM8.14 juta di beberapa lokasi di negeri ini dalam empat serbuan semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abdul Manan berkata, dua peniaga itu ialah wanita berusia 59 dan 28 tahun iaitu ibu dan isteri kepada ketua sindiket tersebut.

“Selain dua wanita tersebut, polis turut menahan empat lelaki tempatan iaitu ketua sindiket yang tidak bekerja dan tiga nelayan berusia lingkungan 32 hingga 38 tahun.


“Rahsia sindiket tersebut terbongkar selepas penahanan ketua sindiket berusia 35 tahun bersama seorang orang kanannya di dalam sebuah kereta dipercayai dalam perjalanan menghantar bekalan dadah kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini tadi.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, polis menemui 2 kilogram (kg) methamphetamine di dalam kereta tersebut.

“Susulan itu, polis menyerbu sebuah stor rumah di Sungai Nibong dan menahan seorang lelaki. Selepas itu, kita menyerbu sebuah rumah teres di Bayan Lepas dan menahan seorang lagi lelaki.

“Ketua sindiket tersebut kemudiannya membawa polis ke rumah sewanya di Balik Pulau. Di kediaman itu, kita menahan ibu dan isterinya yang juga warga Thailand,” katanya

Sahabudin berkata, polis merampas 133.3kg syabu, 20.7kg ketamin dan 11.1kg heroin di semua tiga buah rumah terbabit melalui operasi khas bermula jam 4.30 pagi hingga 9.30 pagi itu.

“Dadah ini dipercayai diperoleh dari Thailand menggunakan jalan darat dan diambil oleh suspek di Sintok sebelum dibawa ke negeri ini.

“Sindiket yang aktif sejak awal tahun itu juga disyaki membungkus semula dadah mengikut permintaan pelanggan mereka dan semua dadah itu dibungkus dengan bungkusan minuman teh sebelum disimpan dalam kotak buah untuk mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, polis turut menyita tiga buah kenderaan iaitu Ford Everest, Proton Perdana dan sebuah motosikal bernilai RM38,400 serta wang tunai RM2,100 menjadikan nilai rampasan dadah dan sitaan berjumlah RM8.18 juta.

“Ibu dan isteri suspek juga disyaki terlibat dalam sindiket ini, namun siasatan masih dijalankan. Pasangan suami isteri itu mempunyai tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan yang masih kecil.

“Dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah manakala empat lagi tiada (rekod jenayah),” katanya.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati tiga lelaki positif methamphetamine manakala ketua sindiket, ibu dan isterinya negatif.

“Kesemua suspek direman seminggu sehingga 25 November ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Rampasan ini yang terbesar tahun ini. Dadah ini mampu dibekalkan kepada lebih sejuta penagih jika terlepas ke pasaran,” katanya.

SUMBER : SINAR HARIAN

AADK SASAR 30 PERATUS PENYALAHGUNA, PENAGIH JALANI PEMULIHAN SUKARELA

KUALA LUMPUR: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan kira-kira 30 peratus penyalahguna dan penagih dadah untuk tampil menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela, tahun hadapan.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, berkata buat masa ini hanya 19 peratus daripada 4,356 orang yang menjalani rawatan dan pemulihan melakukannya secara sukarela di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara.

“Rekod menunjukkan terdapat seramai 142,199 penyalahguna dan penagih dadah di seluruh negara pada 2019 namun hanya 4,356 orang menjalani rawatan dan pemulihan di 30 PUSPEN seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, hanya 19 peratus atau 832 orang menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Modul Anjakan Kepulihan: Pendekatan Sukarela di PUSPEN Sungai Besi di sini, hari ini.

Katanya, kajian menunjukkan mereka yang datang secara sukarela akan lebih kekal pulih kerana perkara itu dilakukan atas kehendak mereka sendiri dan lebih bersedia untuk menjalani program rawatan dan pemulihan.

“Bagi menarik lebih ramai mereka yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah, maka kita buat program ‘make over’ (ubah suai) membabitkan dua perkara iaitu secara infrastruktur pusat pemulihan dengan menjadikan ia lebih kondusif dan lebih sesuai untuk kumpulan yang datang secara sukarela

“Kedua, modul ditambah baik supaya ia lebih sesuai dan berkesan kepada mereka yang datang secara sukarela dengan mengambil kira kedudukan dan keperluan mereka,” katanya.

Zulkifli berkata, modul baharu yang dilancarkan hari ini akan diguna pakai di PUSPEN Sungai Besi dan kemudian akan diperluaskan ke sembilan PUSPEN sukarela yang lain.

Dalam pada itu, katanya penambahbaikan dari sudut perundangan juga turut dibuat dengan AADK mencadangkan pindaan terhadap Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Ini membolehkan individu yang menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela dalam pusat pemulihan memiliki tempoh rawatan yang fleksibel dan tidak dikenakan pengawasan selepas tamat menjalani rawatan dan pemulihan.

“Mereka yang mengikuti program rawatan dan pemulihan secara sukarela adalah individu yang datang sendiri dengan kerelaan hati tanpa sebarang paksaan atau melalui peruntukan undang-undang.

“Oleh itu, pendekatan yang ditambah baik ini adalah berdasarkan kepada keperluan kepulihan dan sesuai dengan keupayaan untuk memulihkan diri daripada masalah penagihan,” katanya.

Katanya, AADK kini memiliki 30 PUSPEN di seluruh negara dan 11 daripadanya menyediakan perkhidmatan untuk kes sukarela.

SUMBER : BERITA HARIAN

40 TOKAN DADAH PELAJAR DIBERKAS

ohor Bahru: Sehingga kini, polis Johor berjaya mengesan 40 tokan yang menjadi pembekal dadah kepada pelajar di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka dikesan hasil temubual dengan 124 daripada 177 pelajar yang positif dadah ketika saringan air kencing yang dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

 

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kemudian menjalankan operasi khas pada 29 September hingga 8 Oktober lalu dan menahan 21 suspek yang dipercayai pembekal dadah di beberapa lokasi.

“Suspek itu berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun dengan tiga tangkapan di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952; enam mengikut Seksyen 39A (1); 10 orang disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) dan dua lagi di bawah Seksyen 39C akta sama.

“Kita sedang mengesan baki 19 pembekal dadah lagi, yang memerlukan siasatan lanjut kerana maklumat yang diberikan terlalu umum dan tidak tepat,” katanya pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor (JPJKK) antara Senior Asisten Komisioner (SAC) Razimi Ahmad dengan SAC Alzafny Ahmad di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob berkata, modus operandi tokan itu secara kecilan dan akan merekrut pelajar yang mana awalnya akan diberi dadah secara percuma, sebelum ditawar imbuhan apabila berjaya mencari pelajar baharu untuk mencuba barang larangan itu.

“Dadah yang popular dalam kalangan pelajar adalah ganja kerana lebih murah senang dibawa dan digunakan. Sepeket ganja dijual pada harga RM40,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai menahan lima remaja berumur 17 hingga 19 tahun bersama 3.29 gram ganja bernilai RM164 di taman permainan Bandar Putra Kulai, pada 12.43 tengah malam semalam.

Menurutnya, semua mereka didapati positif dadah dan hasil soal siasat ke atas mereka membolehkan seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan yang juga tokan dadah kepada remaja berkenaan.

Katanya lagi, semua pelajar yang ditemubual mendedahkan pembabitan mereka dalam penyalahgunaan dadah kerana terpengaruh dengan rakan, mempunyai masalah atau sejarah keluarga terbabit dadah selain kurang peka dengan kesan bahan itu.

“Justeru, kita akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk berkongsi maklumat dalam membanteras penagihan dadah selain dengan AADK,” katanya.

sumber:  HARIAN METRO

TRIBUTES PAID TO ‘OUTSTANDING’ NEWCASTLE UNIVERSITY STUDENT AFTER SUSPECTED DRUG DEATHS

Jeni Larmour is one of four young people who died within hours of each other after apparently taking illegal drugs at the weekend.

The teenager died on Saturday morning and a second woman was found unresponsive in the same university accommodation on Sunday afternoon.

The university said the teenagers had been in the city for less than 48 hours.

The Royal School in County Armagh posted a message on its Facebook page, remembering the deputy head girl.

“Jeni came to the Royal School in Year 8 and in the years that followed was a model pupil, exemplifying many of the values which this school seeks to promote,” it said.

“Her outstanding qualities as a pupil were recognised in her final year when she was appointed Deputy Head Girl, a role she carried out to a very high standard.

“It was Jeni’s ambition to attend the Royal School and she wasted none of the opportunities offered to her here. Jeni threw herself enthusiastically into school life.”

The statement goes on to describe how Ms Larmour was “blessed with a beautiful singing voice” and was a member of the Chamber Choir.

She had also travelled to New Delhi in late 2019 as part of a charity project.

The tribute said: “We have no doubt, that given her academic ability and personality, Jeni had a bright future ahead of her and we are saddened that has been so suddenly cut short.

“We extend to her many friends, her family, brother, and parents our sincerest sympathy at this tragic time and assure them of our prayers and practical support.”

A student from Northumbria University also died
Image:A student from Northumbria University also died

An 18-year-old, who was not a student, in nearby Washington, Tyne and Wear, and a 21-year-old from Northumbria University living in Newcastle also died over the weekend, after they apparently took MDMA separately.

Northumbria Police said they have arrested a total of 10 people and a large investigation is under way, including using drug dogs to search student accommodation.

Newcastle University’s vice-chancellor Professor Chris Day said freshers’ week had not been a factor in either of the young students’ deaths.

During a virtual news conference, he said: “This happened in the first 48 hours, freshers’ week had only just started to kick off.”

Prof Day has written to every student warning them about the two tragedies.

Chief Inspector Steve Wykes urged anyone with illegal drugs to safely dispose of them.

Mr Wykes said: “This weekend, we have seen the tragic loss of four young lives and our thoughts continue to be with the family and friends of those who have sadly died.”

He said it was too early to say if the drugs were part of two larger deadly batches.

“Illegal drugs are never safe and the danger that they pose cannot be underestimated,” he told reporters.

 

 

SUMBER: https://news.sky.com/story/tributes-paid-to-outstanding-newcastle-university-student-after-suspected-drug-deaths-12091306

POLIS TEMBAK TAYAR KERETA BAWA DADAH

KUALA LUMPUR: Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang disyaki membawa dadah di Jalan Sentul, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.25 petang itu, Proton Saga dipandu suspek berusia 38 tahun itu pada mulanya diekori kenderaan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata suspek yang menyedari perkara itu bertindak agresif selepas anggota polis memperkenalkan diri dan memintanya keluar daripada kereta.

“Suspek cuba melepaskan diri dengan mengundurkan kereta tiga kali sehingga merempuh kereta polis, memaksa polis melepaskan beberapa das tembakan pada bahagian tayar belakang dan tayar hadapan di bahagian kanan kereta.

“Selain mempertahankan diri, tindakan itu terpaksa diambil untuk memberhentikan kenderaan berkenaan supaya tidak membahayakan keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mazlan berkata, suspek yang masih cuba melarikan diri dengan memandu kereta ke atas tebing di tepi jalan berdekatan memaksa polis melepaskan tembakan pada tayar hadapan sebelah kiri kereta, sekali gus memberhentikan kenderaan itu dan menahan suspek.

Mazlan berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan menemui dadah jenis heroin 450 gram dan 151 gram syabu dan ujian saringan air kencing mengesahkan suspek positif Methamphetamine, Amphetamine dan THC.

“Suspek yang mempunyai lima rekod jenayah berkaitan dadah itu akan dibawa untuk permohonan reman esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

SUMBER : https://www.bharian.com.my/node/720649/amp