Jalinan Kerjasama Dengan Rakan Strategik Dalam & Luar Negara

PEMADAM bertanggungjawab mempertingkatkan hubungan strategik bersama jentera pentadbiran kerajaan, swasta dan korporat dalam negara supaya dapat mencapai hasrat Malaysia Bebas Ancaman DADAH. Jalinan kerjasama yang sedia ada dimanfaatkan sepenuhnya supaya semua pihak mendapat manfaatnya.

Kerjasama pintar yang dilaksanakan menjadikan permasalahan yang dihadapi oleh kumpulan sasar dapat ditangani bersama.”Berat sama dipikul; ringan sama dijinjing” kerana isu penagihan DADAH yang kompleks ini memerlukan penggemblengan sumber tenaga, kewangan dan idea bagi menangani secara berkesan.

PEMADAM yang terlibat secara langsung dalam penubuhan International Federation Of Non-Government Organizations for the Prevention of Drug and Substance Abuse (IFNGO) pada tahun 1981. PEMADAM memastikan IFNGO dapat meletakkan Malaysia di persada antarabangsa dalam agenda membanteras DADAH.

IFNGO sebagai satu platform penukaran dan kerjasama program PEMADAM dengan negara anggota serta perkongsian maklumat berkaitan masalah DADAH. PEMADAM berperanan mengembleng tenaga anak muda Malaysia di luar negara untuk menyertai pertubuhan NGO Anti DADAH supaya pertukaran maklumat dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ini secara langsung mempertingkatkan hubungan dua hala antara PEMADAM dan NGO Antarabangsa yang mempunyai aspirasi yang sama. Di samping itu, IFNGO juga bergerak di rantau ASEAN supaya NGO Anti DADAH di negara masing-masing kekal aktif dalam kempen memerangi masalah DADAH.

Close Menu