Pemerkasaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah

Pendidikan Pencegahan DADAH adalah teras kepada gerak kerja PEMADAM untuk memastikan warga Malaysia mengamalkan budaya hidup sihat tanpa DADAH. Program Pendidikan Pencegahan berteraskan FAST (Fathonah, Amanah, Siddiq, Tabligh) atau BAJA (Bijaksana, Amanah, Jujur dan Ajar) akan memberi penekanan kepada konsep HIDUP PENUH ERTI. Harapan PEMADAM, rakyat Malaysia khususnya Ahli PEMADAM menghargai setiap detik kehidupan mereka dan mengajak ahli masyarakat mempraktiskan gaya hidup sihat fizikal & mental.

Pendekatan program berbentuk pembangunan jati diri dan ilmiah dijadikan sasaran utama kepada 10 kumpulan sasar yang dikenalpasti membantu PEMADAM merealisasikan matlamat PEMADAM. Pendidikan Pencegahan DADAH yang dilaksanakan oleh PEMADAM merangkumi individu, keluarga, komuniti, institusi pendidikan, tempat kerja dan golongan berisiko.

Umumnya kepelbagaian pengisian kepada program pendidikan pencegahan dapat membantu komuniti Malaysia mempertingkatkan kesedaran dan keprihatinan dalam menangani masalah penyalahgunaan DADAH.

Close Menu