Pemantapan Biro-Biro PEMADAM

Gerak kerja yang bersepadu dalam PEMADAM direalisasikan dengan peranan Biro-Biro PEMADAM. Semua biro yang ditubuhkan di peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah dan Unit akan diberi nafas baru. Ini bertujuan memastikan segala perancangan aktiviti dan program dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Barisan kepimpinan biro dipertanggungjawabkan sebagai tunjang kepada pelaksanaan program PEMADAM. Biro menjadi sumber kekuatan PEMADAM dalam memperkasakan program pendidikan pencegahan DADAH di peringkat akar umbi.

Pengurusan semua biro disediakan dengan hala tuju lebih berfokus selaras dengan aspirasi PEMADAM dan kehendak masyarakat. Perkara ini membantu mempertingkatkan mutu perkhidmatan PEMADAM kepada ahli dan masyarakat umum. Penubuhan biro-biro ini membantu PEMADAM memastikan semua kumpulan sasar mengikuti program PEMADAM. Biro-biro ini ialah:-

  1. BIRO WANITA, PEMBANGUNAN KELUARGA & PENAWAR
  2. BIRO LATIHAN, PENERANGAN & KEAHLIAN
  3. BIRO PPDa IPT & KELAB PEMADAM
  4. BIRO PPDa SEKOLAH & SAHABAT PEMADAM
  5. BIRO PENYELIDIKAN & PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN SUBSTAN
  6. BIRO JAGAAN LANJUTAN
  7. BIRO ANTARABANGSA & IFNGO
  8. BIRO AGAMA, KEROHANIAN & MORAL
  9. BIRO BELIA & NGO
  10. BIRO PENCEGAHAN DADAH TEMPAT KERJA
  11. BIRO PROMOSI & MEDIA
  12. BIRO SARAWAK, SABAH & LABUAN
Close Menu