Pemantapan Organisasi PEMADAM

Konsep bekerja Dari Hati Dengan Hati menjadi moto gerak kerja PEMADAM berteraskan “Hidup Penuh Erti”. Dalam memperkasakan organisasi dan sumber manusia PEMADAM memastikan pemimpinnya mempunyai inspirasi selaras dengan visi dan misi PEMADAM. Kecemerlangan organisasi terletak kepada pemimpinnya. PEMADAM sebagai NGO Strategi Negara bertanggungjawab sepenuhnya membangkitkan semangat kesukarelawan. Kewujudan PEMADAM adalah bertujuan perkongsian peranan dan tanggungjawab membanteras masalah DADAH dalam negara.

Peranan YAB Perdana Menteri selaku Penaung PEMADAM di peringkat Kebangsaan, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, YAB Menteri Besar/Ketua Menteri di peringkat Negeri, Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah, Penghulu & Ketua Kampung telah membuktikan struktur PEMADAM sangat kukuh. Penggemblengan tenaga penjawat awam dan orang awam sebagai tanda Kerajaan Malaysia serius dalam menangani najis DADAH dalam negara melalui PEMADAM.

Pemimpin PEMADAM di semua peringkat akan diperkemaskan kefahaman mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam PEMADAM. PEMADAM bergerak sebagai satu pasukan, satu perancangan yang tersusun dengan satu matlamat masyarakat Malaysia bebas daripada ancaman DADAH.

Semua warga PEMADAM daripada Penaung hingga ke ahli biasa PEMADAM menghayati perjuangan PEMADAM dengan menyokong program PEMADAM. Di samping memastikan rakyat Malaysia menghargai kehidupan mereka dengan melaksanakan aktiviti yang sihat dan selamat.

Close Menu