(FASAL 4: PERLEMBAGAAN PEMADAM)
Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain- lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan DADAH yang menyalahi undang- undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.
Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan DADAH dan untuk membantu bekas-bekas penagih DADAH melalui JAGAAN LANJUTAN.
Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan DADAH dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan DADAH serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.
Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.