Oleh kerana dadah menyentuh kepentingan kebangsaan maka terpaksalah segala gerakan dan tindakan dijalankan bercorak nasional… Saya suka mengesyorkan supaya dibentuk sebuah badan yang diberi nama Persatuan Kebangsaan Mencegah Penyalahgunaan DADAH atau National Association for the Prevention of Drug Abuse dan saya yakin dengan adanya Persatuan ini gerakan-gerakan membasmi pengaruh dadah ini akan mencapai kejayaan sepenuhnya.

YAB TUN ABDUL RAZAK HUSSIEN
PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 18, 31 OGOS 1975

...Dengan sebab itulah tindakan yang akhir Perdana Menteri menyatakan pada hari merdeka yang lepas, kita akan tubuhkan dan saya harap Yang Berhormat Dato Athi Nahappan yang mengelolakan perkara ini iaitu Persatuan Kebangsaan Penyalahgunaan Dadah yang akan diadakan di bawah naungan Perdana Menteri yang melibatkan yang boleh kita adakan untuk peringkat Persekutuan,peringkat negeri dan peringkat termasuk memberi sokongan kepada Menteri-Menteri Besar melibatkan tiap-tiap seorang dan pihak-pihak yang bertanggungjawab dari peringkat Persekutuan hingga Negeri, Daerah dan Mukim.
Close Menu