DADAH MENGHANCURKAN HARAPAN NEGARA

Muhammad Hasri Bin Che Dollah

Universiti Pendidikan Sultan Idris

BERSAMA-SAMA MENYAPU DADAH

KOK JEN DEE

KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

Bersatu mencegah dadah sebelum tergadah

Mohd syariz hakim bin razali

Institut pendidikan guu kampus pendidikan islam bandar baru bang

Belia Benci Dadah

Zulfikri Ahmad bin bastiar

SM Teknik Kajang

DADAH ADALAH PUNCA MASALAH

MOHAMAD AMIR BIN HAMZAH

RICH PLAN MANAGEMENT CONSULTANCY

FIKIR, CEGAH, TEGAH

Hamizul Faiz Bin Jasni

FGV

CEGAHILAH DADAH, KEBAHAGIAAN MENANTI ANDA

NURUL SUHAILI BINTI MOHAMAD SIHAT

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK), KAMPUS BACHOK

MEMBINA GENERASI BEBAS DADAH

MUHAMMAD HAFIZ BIN RAMLI

SME CORP MALAYSIA

CEGAH DADAH GAGAH IBADAH

muhammad ali hussaini bin md aminnullah

uitm shah alam

Basmi Dadah Cegah Padah - motto ini memberi maksud bahawa Pers

Amirul Haqim bin A.Rahman

Tiada

DADAH HAPUSKAN NADA KITA

RAM KUMAR A/L THIRUMUGAM

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

PEMUSNAH SEGALA JIWA. MASIH LEKA?

SITI AISHAH BT DAUD

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN

RAKYAT SEJAHTERA TANPA DADAH rakyat yang aman damai dan sejahtera

MUHAMMAD SYAFIEZAL BIN RADILAH

POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

SELAMATKAN ANAK BANGSA , PERANGI DADAH

MOHAMMAD HUZAIFA BIN ADAM LEE

SMK DATO HAJI HASSAN YUNOS

Hapuskan dadah untuk generasi akan datang

Siti azren fazyani binti mohd faisal

Sekolah Menegah Kebanggasaan Membakut 2

Banteras Dadah demi Kesejahteraan Sejagat

NOR IZAINEE BINTI OSEN

PERSENDIRIAN

Padamkan dadah demi masa hadapan - padamkan dadah bermaks

Muhammad arash azraei bin azman

Universiti teknologi petronas

PERANGI DADAH, REALISASIKAN MASA HADAPAN.

Asma Fakhri Bin Ahmad

CITY UNIVERSITY OF MALAYSIA

DADAH ADALAH PENJARA DERITA

shaffieq bin Nordin

Universiti Teknologi Malaysia

Kehidupan Indah Membanteras Dadah

Muhamad Syazwan Bin Fazale

UiTM Cawangan Perlis

Membumikan Erti Hidup Tanpa Dadah !

Muhammad Hazim bin Radzi

Darul Sufi Associates PLT

Musnah Dadah, Makmur Negara

Terisalin Jomitol

UTP

KEBINASAAN BERMULA DENGAN CUBAAN PERTAMA

MUHAMMAD SYAHMI HAFIZUDDIN BIN ARMAS

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

HIDUP INI KURNIAAN - Hidup ini cuma sekali , tiada apa yang ki

AMIR HADI BIN ZAINAL

FLOW STUDIOS

Masih belum terlambat, hentikan dadah.

AMIR AZRUL BIN AZMAN

AZR Region

Bersatu Membimbing Ke Arah Kejayaan - Pihak persatuan, masyarakat

Muhammad Rafiuddin bin Abd Rauf

Universiti Sultan Zainal Abidin

Dadah dibuang, Bahagia Ditatang

Muhd. Zulhilmi Bin Abdullah

Management and Science University

Dadah Dibuang bermaksud, dadah hendaklah dibuang dan dijauhi dari kehidupan seharian kerana ia akan merosakkan kebahagian seseorang individu. Bahagia bermaksud, seseorang akan memperolehi kehidupan yang lebih ceria dan sihat tanpa pengaruh dadah. Manakala, Ditatang bermaksud, kebahagian akan menjadi keutamaan dalam hidup seseorang. Konklusi motto ini ialah, kehidupan sesorang akan memperoleh kesihatan yang baik, kehidupan yang ceria dan sempurna apabila dadah dijauhkan dari kehidupan seharian.

BERSAMA LINDUNGI BANGSA

MUHAMMAD SAFWAN IMAN BIN SAUDI

IPG

Motto menghuraikan kita mesti bekerjasama bersama-sama bagi melindungi bangsa negara daripada ancaman dadah. Tiada ancaman yang tidak dapat dikalahkan jika dilawan bersama. Motto mengajak semua rakyat agar bersatu padu membanteras bahana dadah.

DADAH "Sekali kau cuba,sengsara menanti"

Mohamad Ashman Bin Aznan

Institut teknikal Jepun malaysia

Jagan sesekali kita mencuba dadah..kerana sekali kita mencuba dadah sengsara seumur hidup...antara kesan dadah ialah Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

OBDaM

NOORADILA BT KHADEMI

sendiri

Organisasi Banteras Dadah Malaysia

Dadah bukan penyudah

Abdul Hafidz bin Mohd Raffe

Tiada

Dadah bukan jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadap. Kebanyakan yang mengambil dadah mahu lari dari masalah. Kenyataannya, dadah bukan la jalan terbaik untuk lari dari masalah. Dadah adalah pemberi masalah.

Memperkasakan Transformasi Negara Tanpa Dadah

MOHD HILMAN BIN SHARUDDIN

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

"Stop Dadah, Go Masjid"

ALIFF HAZWAN BIN CHE HASHIM

ALIP CREW PRODUCTION

Kurangkan Aktiviti Yang Tidak Berfaedah Seperti Menagih Dadah & Mulakan Aktiviti Keagamaan Yang Lebih Bermanfaat.

DADAH ! SALAHGUNA, HIDUP MERANA

MOHD. AZMIL BIN RAMISANG

Institut Pertanian Timbang Menggaris Kota Belud Sabah

penyalahGunaan dadah dalam kalangan masyarakat tidak mendatangkan kebaikan malah menyusahkan dan pengguna sendiri yang merana..
salah guna dadah akan menyebabkan seseorang akan terus merana dari segi fizikal dan rohani.. sekali terjebak dengan najis dadah ini, penagih terus merana. merana untuk mendapatkan dadah apabila ketiadaan wang ringgit,merana untuk berhadapan dengan masyarakat dan keluarga, merana untuk berhenti jika berniat untuk berhenti tetapi suda terlambat, merana untuk mendapatkan sumber dan merana akibat tidak tenang. jadi motto ini mengingatkan kepada seluruh masyarakat agar tidak terlibat dengan najis ini agar kehidupan seharian berjalan dengan sempurna..

Masyarakat Bebas Dadah Negara Makmur

Harlister Iwan Bin Sate

Universiti Kebangsaan Malaysia

Motto ini bukan hanya memfokuskan peranan sesuatu pihak sahaja, tetapi juga kepada masyarakat setempat kerana tanpa bantuan masyarakat, setiap tindakan memerangi dadah tidak akan berjaya. Ia juga menggambarkan semua lapisan masyarakat yang bersih dan bebas dari najis dadah dapat menjamin keamanan dan masa depan negara. Ini kerana pada masa kini keldai dadah semakin bergiat aktif untuk mensasarkan pengedaran dadah bukan sahaja kepada yang lebih dewasa malahan kanak-kanak di mana kesan penyalahgunaan dadah akan merosakkan masyarakat (peningkatan kadar jenayah) dan seterusnya membawa kepada kejatuhan sesebuah negara jika tidak ditangani dengan baik. Kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah perlu didedahkan di peringkat akar umbi di mana generasi inilah yang akan memimpin dan menentukan jatuh bangun negara pada masa akan datang.

BERSATU MEMBANTERAS, BERSAMA MEMBANTU

MUHAMMAD ZAIDI BIN A'ALA

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

u201cBERSATU MEMBANTERAS, BERSAMA MEMBANTUu201d merupakan motto berkaitan kekitaan. Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) merupakan pertubuhan yang mampu mendekati dengan masyarakat. Justeru, melalui pertubuhan PEMADAM masyarakat perlu u201cBERSATU MEMBANTERASu201d penularan gejala dadah dalam pelbagai aspek seperti pemerhatian, melaporkan kepada pihak berkuasa, dan idea membanteras. Seterusnya, u201cBERSAMA MEMBANTUu201d kepada bekas penagih, bekas pengedar dadah atau penagih dadah sekalipun dalam meningkatkan kualiti hidup mereka daripada terus terjerumus gejala dadah. Bersama membantu bukan sahaja daripada penerimaan dalam masyarakat, tetapi dari aspek idea dan peluang kepada mereka dalam mencari ruang untuk kembali dalam kehidupan seperti masyarakat lain. Motto ini berkonsepkan semangat kekitaan 1Malaysia u201clawan dan rawatu201d.

MATLAMAT KAMI KEBAHAGIAN ANDA

MUHAMMAD SYAFIQ BIN ISMAIL

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

BERDASARKAN MOTTO DIATAS JELAS MENJELASKAN IA AMAT SELARI DENGAN MATLAMAT AGENSI PEMADAM INI KERANA KITA SEDIA MAKLUM BAHAWA AGENSI INI TELAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBERI SINAR KEBAHAGIAN KEPADA BEKAS PENAGIH DADAH UNTUK KEMBALI MERASA NIKMAT KEHIDUPAN YANG HAKIKI DAN BERGUNAN KEPADA MASYARAKAT, AGAMA DAN NEGARA

Ukhwah Disanjungi, Dadah Diperangi, Hidup Diberkati

Abdullah Bin Nudin

Sekolah Menengah Kebangsaan Baru Miri, Sarawak (Tingkatan Enam)

"UKHWAH DISANJUNGI, DADAH DIPERANGI, HIDUP DIBERKATI"

Sedari awal lagi, kepentingan perpaduan atau ukhwah yang dibentuk sejak dari zaman tercapainya kemerdekaan tanah air, telah memberi kita fahaman untuk membezakan yang mana kaca dan yang mana permata. Oleh itu, pemilihan slogan bait pertama iaitu "UKHWAH DISANJUNGI" jelas di sini, menunjukkan kesatuan semua pihak daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk bersatu dan ditunjangi sifat kekitaan demi mencapai sebuah matlamat yang ditetapkan untuk kesejahteraan semua.

Seterusnya, "DADAH DIPERANGI", sesuai dengan matlamat utama PEMADAM sendiri, memerangi najis dadah dianggap sebagai tujuan utama menubuhan disamping memberi nilai tambah dalam memupuk kesedaran tentang bahayanya bahana dadah itu sendiri. Perkataan "DIPERANGI" itu sendiri merujuk kepada kesungguhan kita untuk menentang habis-habisan sesuatu yang dapat mengancam sesebuah ketamadunan yang telah dibina. Oleh itu, bait slogan kedua dipilih atas dasar rasionalnya matlamat menjadikan negara kita sebuah negara yang bebas dadah.

Akhir sekali, bait terakhir iaitu u201cHIDUP DIBERKATIu201d merujuk kepada apabila sesuatu yang diredhai di sisi agama telah kita lakukan, kehidupan sesebuah masyarakat akan terus dilimpahi keberkatan serta disulami dengan persekitaran yang serba maju dan harmoni. Keberkatan sesebuah tamadun untuk bergerak maju usah dinafikan signifikannya kerana sejarah telah mengajar kita tentang pentingnya mencari keredhaan daripada Tuhan dengan menolak kemungkaran dalam kita menjalani kehidupan seharian.

Konklusinya, slogan ringkas dan amat mudah difahami ini berkonsepkan penceritaan mudah iaitu kronologi yang akan kita lalui apabila kita sama-sama berusaha memerangi dadah. Pertama, kita satukan hati semua anggota masyarakat, kedua, sama-sama kita bersatu mengikis najis dadah dan terakhir, sesudah selesai dadah diperangi, hidup kita atas nama sebuah negara akan terus diredhai dan diberkati dalam kita mengejar sebuah matlamat negara maju di mata dunia. Sekian. Terima kasih.

Bersatu Bersepakat Berkhidmat Banteras Dadah

Afiq Ashnawi bin Zamry

SWIFT LOGISTICS

Dalam Membanteras najis dadah, kita rakyat Malaysia haruslah bersatu padu dan mempunyai kesepakatan yang sama berkhidmat untuk negara dalam menjayakan usaha banteras dadah habis-habisan.

LEKA SESAAT MAUT MENANTI

SYAMSUL ASYRAF AHMAD SUKRI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Motto ini merupakan simbolik kepada bahayanya dadah yang boleh membinasakan anak bangsa. Seandainya kita leka sesaat dalam membanteras dan menentang bahayanya dadah ini, nescaya ramai anak bangsa kita yang mungkin tewas dengan bahana dadah ini.

Bebaskan diri dari dadah.

Nurnadzirah adilah rohman

Uitm cawangan johor kampus segamat

Menjadikan Malaysia negara yang bebas dari dadah dan memupuk masyarkat berintelektual tinggi mengenai keburukan dadah pada negara dan bangsa.

BANGSA CEMERLANG BANGSA TANPA DADAH

NURMADIHAH BINTI MUKAYAT

HUNDRED DOORS SDN BHD

Kita mampu membentuk sebuah bangsa Malaysia yang cemerlang dikenali seluruh dunia tanpa bantuan dadah

DADAH... adalah Racun Dunia

MUHAMMAD ZULZHARIF BIN ABDUL MULOK

Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics

Kerana dadah ada pelbagai jenis bukan dari bentuk ubat sahaja tetapi dalam bentuk senjata seperti nuklier yang dapat memusnahkan alam semula jadi dan penyebab lapisan serta kepanasan global boleh berlaku di antartika.

MENCEGAH MELINDUNGI MENYAYANGI

Abdul hakiim bin abdul hafiz

Seniwaja hafiz enterprise

MENCEGAH :
- Menjalankan aktiviti pencegahan daripada menghampiri penyalahgunaan dadah yang membinasakan diri.
- Memberikan penerangan kesan pengambilan dadah untuk masa depan generasi muda
- Mencegah semua golongan daripada terjebak dari kes jual beli dadah.
MELINDUNGI :
- Memberikan perlindungan serta bimbingan kepada bekas penagih dadah yg tiada arah tuju setelah dibuang keluarga.
- Mengadakan program yg mampu memberikan motivasi diri agar penagih dah ni mempunyai kekuatan diri untuk menunjukkan potensi diri mereka kepada masyarakat.
- Menerangkan kepada masyarakat untuk memberi peluang kepada mereka yg telah terjebak agar mampu mengubah diri mereka agar unsur nagetif tidak melemahkan diri mereka.
MENYAYANGI :
- Menerapkan rasa kasih sayang kepada diri sendiri dan orang lain agar tidak terjebak dengan najis dadah.
- Mempunyai ahli persatuan yang kuat yang mampu memberikan sokongan kepada semua yg telah terjebak dengan dadah.
Maka...
.
#Dengan adanya 3 motto ni mampu memberikan kekuatan untuk mengingatkan masyarakat daripada dadah.
.
Masyarakat yang positif mampu mengubah bekas penagih dadah.

KAWAL . LAWAN . TEGUH

Nur Syarafina Binti Lokman

suri rumah

KAWAL = Bersama-sama MENGAWAL penyebaran najis dadah diperingkat awal diseluruh malaysia .

LAWAN = Perlu sokongan yang padu dari semua pihak untuk MELAWAN penyebaran dalam penjualan najis dadah.

TEGUH = TEGUH hati daripada terlibat dalam najis dadah sebelum atau selepas bersih dari gejala dadah .

DADAH DIBANTERAS, RAKYAT SEJAHTERA.

NIK MOHAMAD SYAIRAZI BIN ZAINUDDIN

PERSENDIRIAN

Definisi DADAH membawa maksud bahan yang biasanya mengetagihkan dan digunakan sebagai ubat tidur dan dapat menyebabkan khayal atau tidak sedarkan diri.

DIBANTERAS pula boleh DIDEFINISIKAN sebagai mengusahakan supaya tidak ada lagi atau membasmi atau memusnahkan.

RAKYAT pula membawa MAKSUD seluruh penduduk sesebuah negara.

SEJAHTERA pula boleh DIERTIKAN sebagai bebas daripada segala macam kesusahan dan lain-lain atau aman sentosa dan makmur.

Kesimpulannya,secara KONSEPTUAL nya "DADAH DIBANTERAS, RAKYAT SEJAHTERA boleh DIDEFINISIKAN sebagai:
Apabila bahan yang mengetagihkan dan menyebabkan khayal atau tidak sedarkan diri diusahakan supaya tidak ada lagi yang disalahgunakan, maka seluruh penduduk negara Malaysia amnya akan bebas daripada segala kesusahan dan hidup aman, damai, sentosa dan makmur.

"JAUHI DADAH, HINDARI PADAH"

Abdul Ghafar Bin Mohamad Ali

Cheetah Corporation (M) Sdn Bhd

Takrifan : JAUHI DADAH, HINDARI PADAH

"HINDARI DADAH", bait pertama motto sangat mudah untuk difahami, perkataan u201cJAUHIu201d itu sendiri merujuk kepada kita cegah daripada mendekati racun dadah yang sememangnya satu virus yang dapat membawa mudarat buat bangsa, agama dan bangsa. Pemilihan bait pertama ini selari dengan kata-kata Tun Abdul Razak Hussein dalam ucapannya pada tahun 1975 yang berkait rapat dengan sejarah penubuhan PEMADAM itu sendiri iaitu membasmi pengaruh dadah di negara kita.

Seterusnya, bait terakhir iaitu u201cHINDARI PADAHu201d merujuk kepada peringatan am buat semua anggota masyarakat agar sentiasa beringat akan ancaman yang dibawa oleh dadah itu sendiri kepada sesebuah tamadun negara bangsa berdaulat. Bait ini disesuaikan dengan visi penubuhan PEMADAM iaitu MASYARAKAT MALAYSIA BEBAS DARIPADA ANCAMAN DADAH.

Secara konseptualnya, slogan ini berbentuk peringkat buat pembacanya untuk mengjauhkan diri daripada dadah agar kesejahteraan bangsa, agama dan negara terus terpelihara. Pengisian dan konteks motto ini amat mudah untuk diamati oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan belia negara. Kekuatan utamanya, sudah pasti pada sebutan rimanya yang persis irama pantun. Penggunaan irama dalam motto dianggap satu bentuk motto yang mudah untuk diingati dalam minda pembaca tentang sesebuah organisasi tersebut. Sekian. Terima Kasih.

"DADAH ITU MUSUH KITA SELAMANYA"

MOHD FAIEZ IZWAN BIN MOHD FAZLI

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

"DADAH" merupakan sumber berbahaya jika mengambil secara berlebihan. Selain itu, najis dadah juga menyebabkan di kalangan kita menjadi mangsa ketagihan, mencemarkan maruah dan jugak membawa penyakit berbahaya....bukan sahaja terhadap individu apatah lagi terhadap di kalangan masyarakat Malaysia ataupun luar Malaysia.

HIDUP TANPA DADAH ITU BAHAGIA

USA MINSAI

TIADA

MOTTO INI MEMBAWA MAKNA KEPADA INDIVIDU DAN MASYARAKAT DUNIA TENTANG BAHAYANYA DADAH DAN DADAH ITU TIDAK MEMBERIKAN KEBAHAGIAN KEPADA UMAT MANUSIA. JADI, KEHIDUPAN TANPA DADAH ITU MEMBAWA KEPADA KEBAHAGIAAN, KEHARMONIAN, DAN MENJAMIN KESELAMATAN MASYARAKAT.

1 MALAYSIA, 1 ASPIRASI, PERANGI DADAH.

MOHAMAD AMIRUL SYAZWAN BIN AHMAD

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Motto ini memerihalkan berkaitan hasrat segenap lapisan masyarakat dalam membasmi gejala penagihan dadah. Setiap daripada rakyat Malaysia seharusnya memiliki aspirasi dalam mencegah, membasmi dan mengekang permasalahan ini daripada terus parah. Motto ini selaras dengan Transformasi Negara 2050 (TN50) yang ingin melahirkan generasi yang ditranformasi dalam segenap aspek sama ada sosial, pendidikan dan sebagainya.

DEMI AKAL NEGARA BENCI DADAH

MOHD LOKMAN BIN MAT DAUD

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Sebagai rakyat kepada negara(negara yang berakal oleh kerana rakyatnya yang waras tanpa memilih dadah), kita semestinya membenci dadah dan perlu membasmi dadah demi kesejahteraan negara.

HENTIKAN PERMULAAN, TERUSKAN PENCEGAHAN.

MUHAMMAD AFIFI BIN MOHD ZALI

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Hentikan Permulaan:
-Membawa maksud menghentikan segala permulaan di kalangan masyarakat dalam mendekati dadah.

Teruskan pencegahan:
-Membawa maksud terus-menerus membasmi dan mencegah sehingga tiada permulaan bagi masyarakat untuk mendekati dadah.

AYUH MENGAWAS SEBELUM MENGGANAS

SYARAH SYAMIMI BINTI MAZLAN

KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

AYUH- MENGAJAK INDIVIDU LAIN UNTUK MENYERTAI SESUATU PROGRAM.
MENGAWAS-MEMANTAU KEADAAN.
AYUH MENGAWAS- MENGAJAK INDIVIDU LAIN UNTUK MEMANTAU KEADAAN NEGARA KITA BAGI MENGELAKKAN PENJUALAN DADAH BERLAKU SECARA BERLELUASA.

SEBELUM-SUATU JANGKA MASA
MENGGANAS-SIFAT ATAU PERBUATAN MANUSIA YANG MENYERUPAI HAIWAN BUAS.
SEBELUM MENGGANAS- SEBELUM BERLAKUNYA PELBAGAI JENAYAH SEPERTI KES OVERDOSE, KEROSAKKAN AKHLAK,BUNUH,MEROMPAK DAN SEBAGAINYA KERANA INDIVIDU DIBAWAH PENGARUH DADAH TIDAK MEMPU BERFIKIR LOGIK BERIKUTAN SEL SEL OTAK YANG TIDAK MAMPU MEMPROSES MAKLUMAT DENGAN BAIK.

AYUH MENGAWAS SEBELUM MENGGANAS- MENGAJAK SETIAP INDIVIDU (MASYARAKAT SEKELILING) UNTUK PEKA DENGAN KEADAAN SEKELILING DAN MEMANTAUNYA BAGI MENGGELAKKAN KES PENGGUNAAN DADAH SECARA BERLELUASA BERLAKU DIMANA INDIVIDU INDIVIDU YANG MENGAMBIL DADAH BOLEH BERADA DALAM KEADAAN LUAR KAWALAN DAN BOLEH MENYEBABKAN MEREKA MELAKUKAN JENAYAH SAMA ADA TERHADAP DIRI SENDIRI ,KELUARGA, MAHUPUN MASYARAKAT.

Dadah Pemusnah Harapan

Mohammad Afnan Bin Abd Rahman

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Dadah mempunyai potensi yang cukup hebat untuk menghancurkan harapan negara bagi merealisasikan matlamat. Matlamat negara akan terbantut jikalau harapan tidak menjadi kenyataan.

" Kerana Nafsu,Hidup Lesu

KHINA NURSYAFIKA BINTI KAMARU

Universiti Malaysia Kelantan

Motto ini membawa maksud janganlah kerana nafsu ingin mencuba dadah hidup kita menjadi tidak bermaya dan lesu. Dadah menjadikan masyarakat lesu dan tidak bermaya apabila mengambil dadah.

"Bahagia Khayalan, Derita Berpanjangan"

Sahri Bin Mataji

esemgrafik

Isu dadah adalah isu yang sangat berat dan kian membarah di kalangan masyarakat tanpa mengira usia, lebih-lebih lagi di kalangan belia kita. Usaha jitu harus dipergiat oleh semua lapisan masyarakat kerana isu dadah ini merupakan tanggungjawab bersama. Masing-masing mempunyai peranan masing-masing dalam membanteras gejala penyalahgunaan dadah.

Motto ini membawa maksud yang jelas tentang bahayanya penyalahgunaan dadah. Memupuk kesedaran dalam diri tentang bahayanya najis dadah. Motto ini menjelaskan tentang kesan terhadap individu yang terjebak dalam gejala penyalahgunaan dadah. Kekuatan motto ini juga dapat menyentak hati individu agar tidak sama sekali berhasrat untuk mencuba mengambil dadah lebih-lebih lagi remaja yang juga pewaris masa depan negara.

Terima Kasih

Titik Penentuan di Tangan Anda - saya memilih motto ini kerana hanya diri kita mampu mengubah dan menentukan hidup diri- titik yang dinyatakan adalah permulaan segalanya antara memilih yang berkat atau padah- Penentuan itu adalah pemilihan yang dibuat oleh diri sendiri- di tangan anda adalah tiada sesiapa yang mampu membuat keputusan kepada diri anda hanya anda yang mampu mengubah segalanya. Dengan tangan inilah yang mampu mengoncang dunia dan dengan tangan inilah juga mampu merosakkan dunia.

NOR AIN NAJWA BINTI HASSAN

IPG KAMPUS PENDIDIDIKAN ISLAM

SEBAR . BANTERAS . PANTAU . BERSIH

MUHAMMAD REDUAN BIN HANG TUAH

Demializ Creation Enterprise

SEBAR - PENYEBARAN info tentang bahayanya dadah dalam hidup seseorang manusia .

BANTERAS - BANTERAS semua masalah yang melibatkan penjualan najis dadah kepada masyarakat .

PANTAU - PANTAU aktiviti yang boleh menjerumuskan masyarakat pada dadah .

BERSIH - BERSIH dari segala najis dadah yang mampu menghancurkan diri serta keharmonian bersama masyarakat

PEMADAM PEMACU NEGARA TANPA DADAH

CHE WAN MOHD RAZIN BIN CHE WAN HAMZAH

Mary kay

PEMADAM merupakan badan yang bertindak untuk membanteras kegiatan dadah di negara ini bagi merealisasikan malaysia sebagai sebuah negara bebas dadah.

IMPLEMENTASI DADAH MERUPAKAN DISKRIMINASI NEGATIF TERHADAP TUBUH BADAN

Ahmad Faizal Bin Salim

Management Science University

Penggunaan Dadah , hanya lah tidak lain dan tidak bukan membawa mudarat keatas diri seseorang

Dadah Membinasakan

Nurhadi

Tiada

Membawa maksud kepada penyalahguaan dadah yang boleh merosakkan manusia justeru kepada negara. Motto ini merupakan amaran kepada masyarakat bahawa penyalahgunaan dadah adalah bahaya dan membinasakan.

HIDUP SIHAT BUKAN PADA DADAH

UMMI NOORHANI SULAIMAN

FREELANCE

Gaya hidup sihat bukanlah dalam pengambilan dadah dalam seharian tetapi gaya hidup yang sihat adalah melakukan aktiviti yang sihat dan bersama-sama banteraskan jenayah dadah yang berleluasa ini.

MENJANA KEPERIBADIAN BERINTEGRITI MEMBASMI DADAH

MOHD MU'ADZAM BIN ABDULLAH

-

Setiap individu perlu berintegriti dalam membasmi dadah. Hal ini kerana individu itu sendiri yang akan menentukan setiap keputusan dan langkah seterusnya. Integriti itu sendiri menunjukkan keuntuhan kualiti kejujuran dan ketinggian nilai-nilai moral yang didukung oleh individu itu sendiri. Motto ini tidak tertakluk kepada masyarakat yang terlibat, malah tertakluk kepada semua masyarakat umumnya.

Oleh itu, keperibadian seseorang itu perlulah berintegriti dalam mendidik diri untuk membimbing dan mempertahankan bangsanya daripada terlibat dengan dadah. Jika keperibadian berintegriti maka tidak wujud individu seperti pengedar dan penagih dadah dalam masyarakat itu.

TANPA DADAH RAKYAT MALAYSIA UNGGUL

UMMI SU'AIDAH BINTI SULAIMAN

SMPK VOKASIONAL KUANTAN

Dadah merupakan satu bahan yang dapat memudaratkan badan dan minda. Tanpa dadah kita akan lebih sihat dan mempunyai mutu di dalam rohani, emosi dan intelek dan seterusnya melahirkan rakyat yang berdaya saing.

IMPLEMENTASI DADAH MERUPAKAN DISKRIMINASI NEGATIF TERHADAP TUBUH BADAN

Ahmad Faizal Bin Salim

Management Science University

Penggunaan Dadah , hanya lah tidak lain dan tidak bukan membawa mudarat keatas diri seseorang

Cegah bersama nescaya dadah binasa

Fatin aishah bingi baharudin

CYBERNATICS INTERNATIONAL COLLEGE

Kita mesti berusaha bersama sama untuk mencegah dadah tak kira bangsa atau agama , kita mesti bersatu hati dan dadah akan dibinasakan serta
merta.

Bersama Membanteras Demi Generasi Unggul

Fatimah Binti Ismail

SMK Khir Johari

gejala dadah dalam kalangan remaja yang semakin parah perlulah dibanteras bersama iaitu dengan kerjasama masyarakat demi memperoleh generasi yang unggul di masa hadapan. perkataan unggul juga dimaksudkan dengan maksud terbaik dan ulung.

Seksa Dadah, Sengsara Jiwa Raga

MUHAMMAD SULHI BIN ABDUL NASER

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

bermaksud kesan buruk dari penyalahgunaan dadah mendatangkan pelbagai masalah kepada penagih dan orang ramai terutamanya keluarganya. Sebagai contoh, memberi kesan buruk terhadap fizikal dan mental. Juga, kehidupan orang terdekat penagih tersebut merasa terancam.

Sengsara Dadah, Pemusnah Kehidupan

MUHAMMAD FAIZ BIN ABDUL NASER

FLEXTRONICS TECHNOLOGY SDN BHD

bermaksud kehidupan dibawah pengaruh dadah akan mendatangkan pelbagai kesan negatif. Juga, terkesan kepada rutin kehidupan manusia dengan amalan yang tidak sihat dan tidak terkawal.

Bersama Menghapuskan Dadah

Shahfizal bin Jasman

Universiti Putra Malaysia

Bermaksud berusaha keras & saling bekerjasama dalam membanteras kegiatan dadah.

" Bangkit pemadam, tumpaskan dadah"

Nur Syahirah Hasbullah

Unitar

PEMADAM bertanggungjawab membanteras dadah. Sekiranya PEMADAM bersatu hati dan bekerja keras dalam perangi dadah, tidak mustahil suatu hari nanti negara Malaysia akan sifar dadah iaitu bebas daripada dadah. Bak kata pepatah, "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".

AYUH, PERANGI DADAH!

Muhammad Shahrizal Bin Isa

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

AYUH, PERANGI DADAH! membawa maksud seseorang/individu atau masyarakat yang membasmi masalah dadah supaya cemerlang dari segi aspek jasmani dan rohani. Dadah dimulakan dengan seseorang dan seterusnya akan mempengaruhi ramai orang. Oleh itu, pencegahan dadah harus bermula dengan masyarakat, ibu bapa dan berkahir pada anak-anak.

PATRIOT, BERBAKTI

MOHAMAD KHALIS B MOHD NASIR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PATRIOT - bersikap positif dalam membantu bangsa dan negara.
INTEGRITI - ketulusan dan keikhlasan dalam melaksanakan tugas yang diberi secara rela.

Jangan Biarkan Dadah Menipu Anda

Atikah Binti Hasbi

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri

Motto ini membawa maksud kebanyakan punca masyarakat hari ini mengambil dadah kerana beranggapan bahawa dadah boleh memberikan ketenangan, dapat menjauhkan diri dari masalah, jalan pintas untuk tidak mengantuk (pemandu jarak jauh, pelajar) dan lain-lain lagi. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Annabel Boys, John Marsden dan John Strang (2001). Namun, masyarakat tidak mengetahui ataupun kurang celik bahawa kesinambungan mengambil dadah boleh menyebabkan ketagihan dan pelbagai kesan yang boleh membinasakan hidup mereka. Oleh itu, motto ini amat sesuai dengan konsep Persatuan Mencegah Dadah Malaysia dalam memberikan kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah kepada rakyat Malaysia.

Rujukan:
Annabel Boys, John Marsden & John Strang. (2001). Understanding reasons for drug use amongst young people: a functional perspective. Health Education Research. 16(4): 457-469.

DADAH ADALAH PEMUSNAH, MUSNAHKAN DADAH

MOHAMAD ARRIF BIN MOHD ROSDI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Motto ini adalah mengenai kesan dadah dan tindakan yang harus diambil untuk membasmi dadah.

Dadah adalah pemusnah:-
bermaksud dengan penga,mmbilan dadah seseorang
itu boleh memusnahkan segala impian diri sendiri
dan orang sekelilingnya. Selain itu, dadah juga boleh
memusnahkan hubungan, kerjaya, masa hadapan,
jati diri, ketulusan, keikhlasan dan sebagainya.

Musnahkan dadah:-
bermaksud, dadah harus dimusnahkan sebelum dadah menjadi punca utama musnahnya segala-galanya.

Bertindak Sebelum Terlambat !

Perangi Dadah Sebelum Ia Membarah

Mohamad Iskandar Bin Mohamad Zuber

-

Motto ini mengingatkan bahawa dadah merupakan musuh utama negara tika ini. Dadah juga pemusnah ketamadunan sebuah bangsa.Tanpa pencegahan awal dan drastik boleh menyebabkan ia merebak dan berevolusi dalam pelbagai cara. Bukan sahaja merosakkan kesihatan,pengambilan dadah dikalangan masyarakat penyebab berlakunya pelbagai kes jenayah yang meruncing saban hari. Ketagihan dadah menyebabkan manusia hilang kewarasan akal lalu sanggup melakukan apa sahaja di luar batas norma kehidupan demi kepuasan nafsu serakah. Dadah juga tidak kenal profesion seseorang. Pengambilan dadah oleh masyarakat berbilang profesion pelbagai sektor di masa kini mampu melumpuhkan modal insan dan sumber ekonomi negara. Oleh itu, cukuplah untuk dinyatakan bahawa masyarakat kini berada di zon perang. Nyawa mangsa tidak berdosa yang terkorban hasil penyebaran dan penyalahgunaan dadah tidak dapat dihidupkan semula. Justeru, kita wajib tekad perangi dadah di setiap sudut dan sektor dengan berbekalkan kecekalan dan kebijaksanaan.

DADAH: JANGAN PILIH JALAN HITAM

Syamsul Asyraf Ahmad Sukri

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Rasionalnya motto ini adalah sebagai satu amaran kepada masyarakat bahawa, dadah memusnahkan masa depan generasi baharu negara kita. Sekali anda terklibat dengan dadah, hancurlah masa depan anda.

4B ( Banteras , Bangkit, Bersatu, Berjaya

Mohd yusri bin Mohd Naser

Universiti Malaysia Kelantan

Banteras = Persatuan diwujudkan untuk MEMBANTERAS segala kegiatan Dadah sama ada di peringkat Awal ataupun Kritikal.

Bangkit = Meniup Semangat Kebangkitan di Kalangan Masyarakat menentang Jenayah DADAH Yang Kian Berleluasa.

Bersatu = Berkerjasama dengan Setiap Badan Berkanun, NGO dan Masyarakat menyampaikan Kesedaran, Dan Pemulihan disetiap peringkat masyarakat.

Berjaya = Bermatlamat dalam memastikan Kadar Kegiatan Dadah menjadi Sifar selamanya agar generasi di masa depan bebas dari gejala Dadah.

Deflasikan Kerosakan, Inflasikan Pembangunan Insan

Akmal Syahirah binti Ahmad Faudzi

Adave.sdn.Bhd

Deflasikan Kerosakan

Menurunkan dan mencegah Segala aspek dan punca yang menjadi akar kepada gejala kerosakan yang boleh menjurus ke arah aktiviti yang melibatkan dadah.

Inflasikan Pembangunan Insan

Meningkatkan kualiti pemikiran , akhlak dan pengurusan jati diri pada generasi muda agar dimasa hadapan dengan melatih mereka dengan melibatkan mereka dengan aktiviti aktiviti bermoral dan berfaedah.

MATLAMAT KAMI KEBAHAGIAN ANDA

mohamad khairul khalis mohmad nor

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

BERDASARKAN MOTTO DIATAS JELAS MENJELASKAN IA AMAT SELARI DENGAN MATLAMAT AGENSI PEMADAM INI KERANA KITA SEDIA MAKLUM BAHAWA AGENSI INI TELAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBERI SINAR KEBAHAGIAN KEPADA BEKAS PENAGIH DADAH UNTUK KEMBALI MERASA NIKMAT KEHIDUPAN YANG HAKIKI DAN BERGUNAN KEPADA MASYARAKAT, AGAMA DAN NEGARA

NEGARA AMAN TANPA DADAH

ALIF BIN AHMAD SA'ID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Mesej yang ingin disampaikan ialah menyuruh rakyat malaysia supaya sedar akan bahayanya dadah ini terhadap diri, keluarga dan negara. Apabila tiada dadah negara akan aman kerana kebanyakan jenayah-jenayah yang berlaku adalah disebabkan oleh dadah. Mereka ingin mencari jalan yang mudah untuk mendapatkan duit. Oleh sebab itu, mereka akan melakukan jenyah separti merompak, meragut, menyamun, dan sebagainya yang menyebabkan ancaman kepada masyarakat sekeliling. Apabila negara bebas daripada dadah, jenayah- jenayah ini dapat dimusnahkan atau dibentras.

Hidup Sihat Menabur Manfaat

MOHAMAD NAZRI BIN MOHAMAD LIWON

BANNERSHOP PRINTING & ADVERTISING SDN. BHD.

Hidup sihat membawa harapan kepada semua lapisan masyarakat supaya tidak terjerumus dalam kancah penagihan dadah lantas dapat membantu diri supaya menabur potensi dan manfaat yang ada kepada masyarakat sekeliling.

Melonjak Generasi Bebas Dadah

MOHAMAD IKMAL IRFAN BIN MOHAMAD YATIM

Freelance

Motto ini bererti membuat satu lonjakan kepada generasi sekarang dan generasi akan datang untuk tidak dipengaruhi oleh penyalahgunaan dadah dalam kehidupan. Dalam erti melonjak tersebut kesemua pihak dan masyarakat bersatu hati serta bersungguh sungguh dalam membanteras dan menghapuskan DADAH dalam kehidupan. Pengertian melonjak juga termasuklah PEMADAM sebagai sebuah agensi mengadakan pelbagai program dan aktiviti dalam usaha membebaskan generasi sekarang dan datang daripada DADAH.

Terjerat Dadah, Hidup Anda Musnah

MOHAMAD ESA BIN SAMSURI

UPSI

Pengaruh dadah ini akan menjadi sebagian daripada diri, jika berhenti daripadanya, tetap memberikan kesan mendalam kepada bekas penagih iaitu stereotaip daripada masyarakat. Apa sahaja yang dimiliki oleh seseorang seperti kenangan, keluarga, kawan-kawan, kesihatan dan segalanya mengenai perjalanan kehidupan manusia akan hilang begitu sahaja, disisihkan dan dipinggirkan oleh masyarakat, tahap kesihatan merosok, (dulu mempunyai, kini disakiti).

MEMBASMI DEMI NEGARA BANGSA

RAJA SHAHRIZAL BIN RAJA DERAMAN

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

MAKSUD MOTTO DI ATAS IALAH BAGAIMANA KITA MELIHAT AGENSI PEMADAM PADA HARI INI MELAKUKAN TUGAS YANG DIMANAHKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN. KERANA LAIN TIDAK BUKAN ADALAH DEMI MEMASTIKAN NEGARA INI SIFAR MASYARAKAT YANG MENGAMBIL DADAH SETERUSNYA MEMELIHARA KEHARMONIAN NEGARA DAN BANGSA DARI ANCAMAN NAJIS DADAH

Dadah Selamat, Penagih Perosaknya

Mohd Naser Bin Haji Senawi

Comfedia Freelance

Bukan semua bahan dadah adalah salah tetapi yang merosakkan bahan tersebut adalah Penagih dadah dimana bahan yang sepatutnya untuk menyelamat insan yang memerlukan digabung bahan bahan terlarang. Kebanyakkan bahan dadah yang dibenarkan adalah untuk perubatan dan kesihatan akan tetapi apabila melampaui kadar penggunaan untuk nafsu sendirilah punca terjerumusnya akan kerosakkan yang sehingga mampu menjejaskan keseluruhan diri dan masyarakat di sekeliling.

Hayati kehidupan terindah tanpa najis dadah

rofaizal bin rozemi

fm media sdn bhd

Globalisasi pada masa kini kian membangunkan pesat sejajar dengan
hasrat kerajaan yang mempunyai visi untuk ke wawasan 2020.
Sehubungan daripada itu, kemajuan yang dinikmati bersama hendaklah dimanfaatkan
dengan aktiviti yang sihat agar melahirkan generasi yang aktif dan berkualiti.
Selain itu, hidup yang indah ini haruslah tidak dicemari dengan gejala yang tidak sihat
seperti najis dadah. Oleh itu, persatuan PEMADAM yang menjadi tunjang dalam
membanteras dadah adalah menjadi ayam tambatan dalam memerangai gejala tidak sihat ini.
Akhir kata, semoga kehidupan terindah ini dinikmati bersama oleh kita semua rakyat Malaysia
dan menjauhi segala anasir yang tidak sihat terutama dadah, jadi tetapkan dalam pemikiran
anda bahawa u2018Hayati kehidupan terindah tanpa najis dadahu2019

BERSATU DAN BERSTRATEGI MEMBANTERAS DADAH

MOHAMAD FAIRUL BIN RASHID

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU AMPANG

BERSATU- PEMADAM bersikap sedia dan sentiasa berkerjasama dengan semua pihak untuk membanteras dadah.
BERSTRATEGI - PEMADAM sentiasa proaktif menyusun strategi terbaik dalam usaha membanteras dadah secara menyeluruh.
MEMBANTERAS DADAH - PEMADAM akan sentiasa berusaha untuk menghapus atau melenyapkan atau menghilangkan atau memusnahkan gejala dadah di Malaysia tercinta.

Dadah bukan Jiwa Malaysia

zaiton binti hashim

Freelancer

Tiada siapa mahukan dadah wujud dalam hidupnya. Walaupun Dadah itu ada kebaikkannya, namun penyalah gunaan dadah selalu wujud dari generasi dahulu sehinggalah sekarang, Generasi muda yang mudah tertekan selalu mengambil dadah demi melepaskan tekanan yang dihadapi tanpa mengetahui apakah kesan yang bakal mereka akan hadapi. Soalannya, apakah dadah menjadi inspirasi dalam penyelesaian tekanan? Cegah dan banteras adalah jalan permulaan pembentukan generasi hadapan.

Rakyat Bersatu Banteras Dadah

NURMALA BINTI SAMIN

tiada

Kepincangan dadah dapat dibanteras bukan sahaja oleh pihak berwajib namun diwakili oleh semua rakyat di dalam negara tersebut.

HINDARI DADAH BANGKIT MENCAPAI KEJAYAAN

SITI AISYAH BINTI MEHAD

tiada

-ini bermaksud,menghidari dadah akan membuatkan masayarakat di negara kita berusaha untuk memajukan diri dalam hidup. orang yang berjaya tidak akan sesekali merosakkan diri mereka dengan pengambilan dadah.

Betulkan Penggunaan Dadah

Mohd Syami Airi Bin Mat Yunoh

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

Dadah merupakan musuh negara. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia seperti negara-negara lain memerlukan dadah kerana dadah dicipta bertujuan untuk digunakan dalam bidang perubatan. Namun, sikap manusia yang tamak haloba telah menyalahgunakan dadah demi kepuasan diri. Sehubungan itu, moto saya iaitu "betulkan penggunaan dadah" adalah bertujuan mengajak lebih ramai rakyat Malaysia untuk tidak takut dengan dadah tapi sebaliknya meletakkan kegunaan dadah di tempat yang betul, bukan untuk kepuasan diri sendiri. Sekiranya rakyat malaysia bersikap takot, sudah tentu masalah ini tidak dapat diatasi kerana mereka juga takot untuk mengambil tindakan. Sekian motto saya..

DADAH ITU LAWAN,BUKAN KAWAN.

FAIZOL AZHA BIN ABDUL AZIZ

PERSENDIRIAN

Dadah adalah bahan psikoaktif yang jika disalah guna akan mendatangkan kesan buruk pada kesihatan diri bukan sahaja fizikal malahan mental.Semua pihak telah maklum akan perkara ini,tetapi masih terdapat segelintir daripada kita yang masih terjebak dengan gejala dadah.Bahan terlarang ini telah dianggap sebagai musuh nombor 1 negara.Jesteru,pemilihan motto "DADAH ITU LAWAN BUKAN KAWAN" membawa maksud penekanan dan amaran keras bahawa dadah yang merosakkan manusia serta masyarakat wajib dianggap LAWAN yang harus ditentang.Ianya musuh secara senyap yang mampu merosakkan kehidupan serta membawa derita tanpa kesudahan."BUKAN KAWAN" pada motto pula menjurus nasihat dan peringatan agar dadah tidak sesekali didekati,kerana impak buruknya amat menyeksakkan.Banyak pengaruh dan kesan negatif pasti terjadi pada mereka yang mula terjebak dengan pengambilan dadah terlarang.Maka adalah bertepatan motto ini dipilih kerana kelihatan mesej yang tegas dan serius.Selain itu,ia ibarat pemilihan slogan kempen terbaik khususnya buat generasi millenium,dan amnya pada seluruh masyarakat supaya berwaspada dengan dadah tanpa mengira masa dan tempat.

Sayangi Hidup Banteras Dadah

NUR ASHIKIN BINTI JISMANI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Setiap orang perlu menyanyangi dirinya dengan mengelakkan diri daripada terjeremus mengambil bahan terlarang seperti dadah.Oleh itu, setiap orang perlu menyayangi hidup mereka dengan membanteras dadah agar masa depan mereka terjamin.

BERTINDAK BIJAK JANGAN TERJEBAK

HAFIZAH BINTI ABDUL AZIZ

MAYBANK ETIQA INSURANCE

Setiap individu atau manusia diatas muka bumi ini dikurniakan dengan akal dan minda.Dengan anugerah inilah yang dapat membezakan kita selaku makhluk yang mampu berfikir dan bertindakbalas secara rasional dalam melakukan satu satu tindakan atau perkara.Malangnya,terdapat segelintir daripada kita yang menyalahgunakan akal fikiran secara melulu tanpa memikirkan impak dan akibat yang bakal dihadapi.Golongan "pendek akal" ini kadangkala telah tersilap sehingga mengakibatkan kehidupan rohani dan jasmani mereka terjejas.Inilah yang berlaku kepada mereka yang terlibat dengan najis dadah.Konflik dan permasalahan dadah sebenarnya telah lama berlanjutan,jesteru mengakibatkan ramai yang hidup dalam derita dan sengsara."BERTINDAK BIJAK JANGAN TERJEBAK" merupakan saranan terbaru yakni kempen yang menyeru agar setiap daripada kita ini,secara individu,ahli keluarga,sanak saudara,jiran tetangga,komunit,masyarakat hinggalah kepada rakyat dan penduduk yang hidup diatas muka bumi Malaysia menggunakan akal fikiran dengan lebih konsisten dan mendalam.Motto ini memfokuskan agar sebelum melakukan tindakan yang luar dari jangka,khususnya melibatkan gejala dadah,kita dinasihatkan mengoptimumkan keupayaan daya dengan lebih rasional.Lakukan analisis pro dan kontra yang bakal diterima sekiranya kita terlibat dengan bahan terlarang ini.Bagi isu penyalagunaan dadah ini,penyelesaian yang paling terbaik adalah dengan jangan sesekali terlibat dengan najis dadah,kerana sekali anda terjebak walaupun hanya mahu mencuba dalam kadar yang minima,padahnya akan berlanjutan tanpa berkesudahan.Langkah pertama mencuba cuba itulah detik permulaan yang dapat menggambarkan kerosakan serta bahana yang bakal ditempuh pada masa akan datang,kehancuran hidup,gangguan kesihatan,kerosakkan sosial dan gangguan dalam bermasyarakat."BERTINDAK BIJAK JANGAN TERJEBAK" tampil dengan mesej yang ringkas,tapi padat dan mendalam buat semua agar jauhi gejala dadah secara tegas.Bertindak bijak,jangan terjebak,katakan TIDAK.

SIFAR DADAH, SEDAR PADAH

Hafizi Bin Muhammad

I-Serve Technology Sdn Bhd

u201cSifar dadahu201d membawa maksud bersama-sama kita sebagai rakyat Malaysia ambil peranan menghapuskan dan memerangi jenayah dadah habis-habisan sehingga menjadi sebuah negara yang bebas dengan najis dadah seterusnya mencapai sasaran menjadi negera sifar dadah pada masa akan datang.

u201cSedar padahu201d memberi erti ambil tahu dan maklum kesan buruk dengan jenayah dadah. Kesedaran diri, keluarga, masyarakat umum terhadap bahaya dan keburukan najis dadah harus diutamakan. Kesedaran kepada bekas individu yang terlibat dengan jenayah dadah terutama penagih bahawa masih ada harapan untuk mereka hidup bebas tanpa dadah. Gejala dadah ini akan terhapus dan disingkirkan apabila kita sama-sama memainkan peranan memerangi dadah dan mempunyai sifat membantu antara satu sama lain.

BANTERAS DADAH NEGARA AMAN (BANDANA)

SYAMIMI AQILAH BINTI DZOLIN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Kita sebagai rakyat yang bertanggungjwab haruslah membanteras dadah dalam apa jua cara sekalipun. Hal ini supaya masa depan negara, Malaysia terjamin dan bebas dari perbuatan negatif yang sering mengarubirukan masyarakat iaitu dadah. Oleh itu, hapusnya dadah, negara kita menjadi lebih aman dan makmur.
Saya juga membuat abbreviation atau singkatan supaya orang ramai senang mengingatinya.

SEDAR, IKRAR, SIFAR

Safiah Binti Sugiman

Polis Diraja Malaysia

SEDAR : Ambil tahu dan maklum kesan buruk dengan jenayah dadah. Kesedaran diri terhadap bahaya dan keburukan najis dadah. Kesedaran kepada bekas individu yang terlibat dengan jenayah dadah terutama penagih bahawa masih ada harapan untuk mereka hidup bebas tanpa dadah.

IKRAR : Bersama kita tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit berikrar dan berjanji mematrikan kata-kata, mengembleng tenaga dan berusaha menumpaskan najis dan jenayah dadah hingga ke akar umbi.

SIFAR : Sifar dadah penawar ummah. Hapus, basmi dan singkirkan najis dadah habis-habisan sehingga kita dapat bersama-sama merasai faedah hidup tanpa dadah, dan tahu dadah bukan penyudah.

SESAL DULU PENDAPATAN , SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA.

Nor Aliyah binti Nawasi

KTAC

dadah yang sangat berbahaya pada diri sendiri dan keluarga serta orang sekeliling. . pihak pemadam akan sedia membantu mereka untuk menjauhi gejala sosial yang berperinsip menolong mereka kepada gajala yang tidak berfaedah itu.

"MASYARAKAT PEDULI MENANGANI DADAH TERKEJI"

MOHD FADZIL BIN ZAKARIA

Elyza's Home (M) Sdn Bhd

Masyarakat (yang diterjemahkan dari istilah society) adalah sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem semi tertutup atau sebaliknya, dimana kebanyakan interaksi adalah antara individu-individu yang terdapat dalam kelompok tersebut. Kata "masyarakat" berakar dari bahasa Arab, musyarakah. Erti yang lebih luasnya, sebuah masyarakat adalah suatu jaringan hubungan-hubungan antara entiti tertentu. Masyarakat adalah sebuah kelompok atau komuniti yang bebas atau individu yang saling bergantung antara yang satu dengan lainnya. Pada umumnya sebutan masyarakat dipakai untuk menggambarkan sekelompok individu yang hidup bersama dalam satu komuniti yang teratur.Maka,masyarakat perlu hidup dalam keadaan saling bertoleransi,hormat menghormati,saling bantu bantu,prihatin akan situasi yang berlaku antara kelompok mereka serta berintegarsi mapan secara konsisten.Masyarakat sebeginilah yang kita panggil masyarakat cakna."MASYARAKAT PEDULI" meraikan mereka yang hidup dalam penuh kebertanngungjawaban.Mereka ini menitik beratkan soal sosial dalam bermasyarakat.Falsafah ini akan mewujudkan majoriti kelompok individu yang bertindak balas sesama mereka,mampu untuk menterjemahkan tindakan melalui perbincangan,perundingan,penyelesaian secara tuntas,yang akhirnya membawa kesan positif dalam pembinaan sebuah negara yang dinamik.Golongan sebeginilah yang amat amat diperlukan bagi membanteras gejala kurang sihat yang berlaku disekeliling kita,sambil mengharapkan bantuan khusus daripada pihak berkuasa."MENANGANI DADAH TERKEJI" pula menampilkan respon segera dan konkrit dalam usaha mengekang isu pengambilan,salahguna juga pengedaran dadah tanpa kawalan.Dadah sudah diketahui sudah membawa kesan tragis kepada penggunanya.bukan sahaja pada diri sendiri malah pada susur sosial hidup masyarakat kini.Malapetaka gejala dadah ini ditunjukkan sebagai isu atau bahan yang keji,hina,malah merosakkan akal fikiran juga fizikal manusia dan ia amat wajar dijauhi sama sekali."MASYARAKAT PEDULI MENANGANI DADAH TERKEJI" adalah berpadanan dengan saranan motti yang diinginkan.Kempen menghapuskan penglibatan dadah wajib dilakukan menyeluuruh pada segenap generasi tanpa mengira umur,pangkat,bangsa mahupun agama.Pencegahan adalah jalan terbaik buat masa kini melaui kempen-kempen yang serius dan konsisten.Ingatlah,kekotoran pada najis dadah hanya akan membawa aspek kemusnahan,konflik jiwa dan ketandusan akhlak.Hanya masyarakat yang beraspirasi mampu menghukum isu gejala dadah ini.Maka mesej pada motto ini berseseuaian sekali dengan konsep yang ingin diterapkan oleh organisasi PEMADAM,yakni mengajak seluruh masyarakat bersinergi secara rasional dalam membinasakan pengaruh jahat dadah

Tiada Dadah, Tiada Masalah!

Muhammad Fariz Bin Zaharipin

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi

Motto menerangkan bahawa terdapat banyak lagi cara untuk menghilangkan tekanan dalam diri selain daripada mengambil dadah dan menyalahgunakannya.

Tiada Dadah, Tiada Masalah!

Muhammad Fariz Bin Zaharipin

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi

Motto menerangkan bahawa terdapat banyak lagi cara untuk menghilangkan tekanan dalam diri selain daripada mengambil dadah dan menyalahgunakannya.

KEJI,HINDARI,JANJI,ATASI

AZURA BINTI ABDUL AZIZ

Jabatan Imigresen Malaysia

Terdapat 4 elemen yang ingin disampaikan melalui motto ini.

Keji - mengeji,menganggap atau memandang hina,mencela,mencaci setiap apa yang menglibatkan masalah penyalahgunaan dadah.Tindakan ini menggambarkan betapa luahan dan hasrat hati yang mengutuk sekeras-kerasnya pengeluaran dan perniagaan DADAH yang menyalahi undang- undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.

Hindari - menjauhkan diri daripada terlibat dengan najis dadah.Ini adalah tindakan pencegahan yang proaktif supaya apa jua impak buruk melibatkan kesengsaraan dan penderitaan mental,rohani dan fizikal dapat dikekang sejak awal.

Janji - tampil dengan suatu tindakan yang menunjukkan faktor komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan, yang tegas lagi menyeluruh melibatkan kesediaan mencegah dan melawan unsur unsur penyalahgunaan dadah dikalangan masyarakat.Ini juga mampu menyedarkan semua pihak agar mengambil serius tindakan untuk tidak terlibat dengan dadah secara konsisten dan bersepadu.

Atasi - Iltizam untuk mengatasi masalah dadah sama ada melibatkan pencegahan,nasihat,perbincangan juga hukuman,bukan sahaja kepada mereka yang belum terjebak,tetapi kepada juga bekas-bekas pesalah yang terlibat dengan dadah dan telah insaf.Sesi kaunseling dan bantuan adalah diperlukan supaya dapat memberi sokongan mental dan fizikal kepada mereka yang telah terlanjur.Masalahat untuk mengekang dan mengawal sejak awal akan permasalahan dadah merupakan tindakan yang bijak dan ia perlukan dilaksanakan secara optimis berpandukan kombinasi kerjasama dan strategi yang berkesan.

KASIH SAYANG MASYARAKAT, PENERAJU GENERASI BEBAS DADAH.

SHAMMIL ASYRAF BIN SHAMSUDDIN

SIEGWERK MALAYSIA

Kasih sayang masyarakat bermaksud sikap endah masyarakat yang perlu dibuang. Mengambil tahu dan tidak memandang penyalahgunaan dadah sebagai sampah dan tidak boleh diberikan peluang.

UNTUK SEKARANG, UNTUK MASA DEPAN

MOHD FAIZ BIN ZALAUDIN

JABATAN IMIGRESEN KEDAH

Banteras ancaman dadah pada masa sekarang bagi menjamin kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni, seterusnya memberi peluang generasi masa depan mengecapi nikmat kehidupan yang sama atau lebih sejahtera tanpa dipengaruhi dengan ancaman dadah.

BERSAMA MENCEGAH DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA

NIK MOHD FAIZ BIN NIK HASSAN

Individu

Motto ini menerangkan bahawa negara sejahtera yang aman, makmur, selamat dan tenteram dapat dibina dengan kesepakatan masyarakat untuk terlibat dalam pencegahan dadah terutama dalam didikan awal. Hal ini kerana, penyalahgunaan dadah juga turut menyumbang kepada sebahagian masalah dan gejala sosial yang akan menggugat kesejahteraan negara. Selain itu, anggota masyarakat juga sepatutnya menerima bekas penagih dan membimbing agar tidak kembali ke kancah penyalahgunaan dadah.

BASMI DADAH, BEBAN KITA.

LEONG SHIN YEE

UMK

MENCEGAH DADAH ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA.

DADAH HAPUSKAN KITA, KITA BASMIKAN DADAH.

TEO HANG SHENG

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

DADAH MENGUGAT KEHIDUPAN KITA, OLEH ITU, KITA MESTILAH MEMBASMI DADAH HINGGA AKAR UMBI, SUPAYA KEHIDUPAN MASYARAKAT DAPAT DITINGGATKAN.

DADAH PEMUSNAH AKAR BANGSA

AHMAD SHAFIQ BIN AHMAD ISA

BEAUTY TREASURE SDN BHD

MOTTO ini membawa mesej yang sangat jelas bahawa dadah merupakan pemusnah kepada bangsa dari akar umbinya. Bermula dengan keinginan untuk mencuba lantas melarat merosakkan diri, agama, bangsa dan negara.

MOTTO ini sangat bermakna dan mudah untuk diamati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Cegah dari akar umbinya adalah usaha yang patut dilihat dengan lebih teliti lagi dalam memperjuangkan masa depan negara.

MENCEGAH DADAH UNTUK KESEJAHTERAAN UMMAH

MOHD IZZUDDIN BIN MOHAMMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tujuan utama PEMADAM ditubuhkan adalah untuk memastikan masyarakat tidak terlibat dengan najis dadah, kerana dadah adalah penyebab utama kejatuhan moral dan akhlak dalam kalangan belia. Maksud utama motto ini adalah untuk memastikan tunjang masa depan negara ini mengutamakan kesejahteraan ummah dan tidak terpesong ke arah lembah kebinasaan disebabkan penyalahgunaan dadah. Saya yakin dan percaya Malaysia mampu bangkit sebagai negara yang bebas dari penyalahgunaan dan seterusnya menunjukkan penurunan drastik terhadap kes-kes jenayah. Oleh hal yang demikian, motto ini amatlah sesuai untuk kegunaan PEMADAM dan sekiranya dipilih oleh juri, hendaklah dipratikkan secara keseluruhan.

Kerana Dadah, Musnah Masa Depan.

MOHD NAZRUL AKMAL BIN MOHD AZHAR

SELLARIA DESIGN & ASSOCIATES

Motto ini memberi penekanan terhadap gejala dadah yang berlaku kepada anak-anak muda terutamanya di kalangan pelajar-pelajar di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Motto ini mengingatkan kepada mereka agar menjauhi dadah yang akan membawa kemusnahan masa depan mereka sendiri. Selain itu, motto ini juga sesuai bagi mereka yang telah bekerja mahupun yang telah stabil agar tidak mencuba dadah, kerana mereka masih mampu untuk mempunyai masa hadapan yang lebih baik. Sebagai penutup, diharapkan ayat ini dapat sentiasa mengingatkan kepada semua agar mengelakan diri mereka daripada terjerumus dari gejala dadah ini.

Bersatu , Berukhuwah , Bermasyarakat

Muhammad syahir syafiq bin zul akli

SZ TARBIYAH RESOURCE

Maksud Bersatu : Bersatu dalam setiap aspek dalam mecegah bahayanya bahana dadah .

Berukhuwah : menjalinkan silaturahim di antara satu sama lain tanpa mengira kaum , agama dan bangsa demi memastikan setiap daripada rakyat malaysia bebas daripada dadah

bermasyarakat :

Memastikan setiap daripada kita memupuk gaya hidup bermasyarakat dan sentiase mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling kita demi memastikan Malaysia bebas daripada bahana dadah

musuh tewas kita bebas

intan norul azlina bt ahmad shaharuddin

majlis bandaraya petaling jaya

Tanpa dadah generasi selamat.Negara bertambah maju serta mendapat penghormatan tertinggi dari seluruh negara dengan pengiktirafan sebagai negara malaysia berkualiti.

kami kasih bukan simpati

mohd zazly bin zainal ariffin

addinda kirana enterprise

Mengambil berat tentang perkembangan kehidupan generasi tak kira tua atau muda kerana semuanya dibawah pemerhatian dan jagaan yang perihatin oleh sesebuah pihak berwajib.Membinasemula dan mencorak kembali perjalanan generasi yang telah tersasar jauh.Kami sayang bangsa kami kerana kami semua adalah nadi jentera negara.

"dadah diperangi,hidup diberkati"

MUHAMMAD ABID BIN NORADZMAN

MTL MULTI RESOURCES SDN.BHD.

hidup akan menjadi lebih bahagia,terurus,gembira tanpa pengaruh dadah.

Optimis memangkin komuniti sifar dadah

Nurul Atiqah Binti Mohd Fawzi

Universiti Malaysia Kelantan

Motto ni menerangkan harapan dan tekad yang kuat serta optimis persatuan ini dalam memastikan untuk mewujudkan persekitaran masyarakat Malaysia yang sihat dan tidak dipengaruhi oleh ancaman dadah.

Optimis memangkin komuniti sifar dadah

Nurul Atiqah Binti Mohd Fawzi

Universiti Malaysia Kelantan

Motto ni menerangkan harapan dan tekad yang kuat serta optimis persatuan ini dalam memastikan untuk mewujudkan persekitaran masyarakat Malaysia yang sihat dan tidak dipengaruhi oleh ancaman dadah.

MENJURUS PERMASYARAKATAN SIHAT

Yasser bin Mesalim

SIRIM BERHAD

RASIONAL MOTTO
Membawa pengertian tentang semangat dari PEMADAM untuk membanteras kegiatan najis dadah dalam masyarakat dan menjamin kehidupan yang sihat dari aktiviti dadah.

berdaduk demi dadah rosaknya bangsa

uyainah solehah binti ahmad subki

SAM Nurul Iman

Dari segi sasteranya daduk membawa maksud meminta sedekah atau mengemis.Penagih yang terlalu taksub akan kelazatan dadah akan membawa kepada perbuatan jenayah terhadap masyarakat tanpa henti demi wang dan dadah.Namun segelintirnya,mengemis pada ahli keluarga,mendesak dengan kasar sekali sehinggakan ada yang membawa maut.Semata-mata perkara yang sia-sia iaitu dadah.Hal yang demikian merosakkan nama bangsa yang dipegangi.

Bersama Perangi Dadah Musuh Negara

Mohd Faizal Ahmad

Majlis Rekabentuk Malaysia

Semua pihak harus berganding bahu memerangi dan menghapuskan dadah yang merupakan musuh negara.

masyarakat madani perangi dadah

nurul syafiqah binti shamsul bahreen

SAM Nurul Iman

Pada zaman transformasi kini,masyarakat lebih bersifat ketamadunan dari segi intelek,akhlak,sosial dan politik.Maka,masyarakat dapat membezakan mana yang patut diambil dan mana yang patut dibuang.Sudah terang kagi bersuluh,dadah bersifat sia-sia maka dengan intelektual yang tinggi yang ada pada diri seseorang dadah wajar dimusuhi bukan dikawani.

DENGAR RAKYAT, BEBAS RAKYAT

Alina Filza Bt Abdul Muhsin

UIAM

Saban hari, Kes Jenayah berkaitan Dadah, semakin kerap didengari dan mula berleluasa. Keluhan dari insan tersayang terhadap anak anak mahupun suami ataupun isteri yang terlibat gejala dadah dengan harapan mereka diselamatkan semula.

Motto DENGAR RAKYAT, BEBAS RAKYAT adalah menunjukkan AGENDA MENYELAMATKAN RAKYAT DAN MEMBEBASKAN MASYARAKAT DARI BEBAS adalah objektif UTAMA.

MOTTO INI JUGA ADALAH KESINAMBUNGAN IDEA ASAL IAITU DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT DAN BERUBAH KEPADA FASA KEDUA IAITU

DENGAR RAKYAT DAN BEBASKAN RAKYAT

Gejala dadah yang Semakin Banyak, memerlukan IDEOLOGI BARU DAN PERLAKSAAN BARU DARI PEMADAM UNTUK MEMBANTERAS DADAH.

GENERASI MILENIUM , CAKNA BAHANA DADAH

NUR AWANIS BINTI WAGIRAN

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

GENERASI MILENIUM MERUJUK KEPADA GOLONGAN GENERASI YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI KHAS TERSENDIRI IAITU MEREKA YANG LAHIR SAAT TV MEMPUNYAI WARNA DAN TELEFON JUGA MEMPUNYAI KEMUDAHAN INTERNET YANG LENGKAP. SELAIN ITU, GENERASI INI JUGA MEMPUNYAI DAYA PEMIKIRAN YANG KRITIS DAN BIJAK MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL.
CAKNA BAHANA DADAH PULA MEMBAWA MAKSUD KEPEKAAN DAN SIKAP MENGAMBIL BERAT TENTANG BAHANA DAN PADAHNYA DADAH.
DENGAN LAHIRNYA GENERASI MILENIUM YANG CAKNA TENTANG BAHANA DADAH, INI AKAN MENGURANGKAN MASALAH PENGAMBILAN DADAH KHUSUSNYA BAGI GENERASI MILENIUM.

DADAH AKIBATKAN DERITA AZAB HIDUP

QURRATUAINI BINTI KAMARUDIN

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,SABAK BERNAM

Ini adalah motto yang berpandukan akronim DADAH itu sendiri.

Dadah
Akibatkan
Derita
Azab
Hidup

Rasional pemilihan motto adalah bertujuan mempamerkan kesan/impak yang berlaku pada sesiapa sahaja yang terlibat dengan gejala najis dadah.Sepertimana yang diketahui bahawa najis dadah hanya mendatangkan keburukan,kedurjanaan dan penghinaan,bukan sahaja pada kondisi fizikal malahan pada merosakkan mental.Hidup si penagih,pengedar,penjual dadah turut menjahanamkan kehidupan orang sekeliling mereka secara tidak sedar.Disamping itu juga,dadah merencatkan kehidupan sosial hidup masyarakat amnya.
Jesteru,pembanterasan,hukuman dan kempen yang mapan dan berterusan wajar dilakukan dengan berterusan.Insan yang sejahtera dan bahagia adalah mereka yang tidak terlibat dengan dadah.Peringatan keras melalui motto ini diharapkan dapat mencetuskan rasa gerun,takut.Kempen kesedaran yang sistematik dan bersepadu akan menimbulkan rasa benci pada dadah tanpa mengira generasi dan ia wajar dihapuskan secara total tanpa rasa was was demi kebaikan diri,insan insan tersayang dan masyarakat secara keseluruhannya.

Dadah Bukan Pilihan Saya

Mohamad Shafiq Hanafi Bin Mat Arshad

Freelance

Hidup ini akan sentiasa dipenuhi dengan pilihan dan memerlukan setiap insan membuat pilihan. Adakalanya pilihan yang dibuat itu tepat dan memberi manfaat namun jika sebaliknya, hanya akan membawa kepada kebinasaan.

Begitu juga dengan dadah. Ada yang menyalahgunakan dadah kerana memilih jalan yang singkat untuk berasa tenang dan berasa gembira yang bersifat sementara. Mereka inilah yang perlu disedarkan bahawa najis dadah bukanlah pilihan yang tepat dan bukan satu-satunya pilihan yang ada. Setiap masalah yang dihadapi boleh diselesaikan tanpa memilih dadah.

Pencegahan penyalahgunaan dadah juga bermula daripada individu. Oleh itu tanamkan dalam diri anda, Dadah Bukan Pilihan Saya!

Kuasai diri dari ancaman dadah

MOHAMAD HANIF BIN FADZIL

TANGKI KREATIF ENT.

Kuasai diri dengan menyedari kesan buruk dadah terhadap diri,keluarga dan masyarakat. Ancaman dadah boleh dielak dengan rasa tanggungjawab dan amik peduli tentang masyarakt sekeliling kita.lebih baik mencegah dari merawat.lebi h baik membanteras dari menghukum.

Katakan Tidak Sebelum Terjebak

NOR SHAHIDA BINTI ABDUL RAZAK

UiTM KELANTAN

Millenia ini , dadah telah menjadi punca musnahnya masa depan anak muda kita.Sekali terjebak sukar untuk berpatah balik,oleh itu anak muda harus diberi kesedaran agar mereka mampu katakan tidak pada dadah kerana seusai terjerat neraka dadah sulit untuk berpatah balik.

Hidup Bermakna, Impian Terlaksana

Mohamad Nizam Ahmad

DNA

Penyalahgunaan dadah sering menjadi batu penghalang kepada usaha memburu cita-cita seseorang. Segala impian musnah apabila terjerumus dalam najis dadah. Namun, setelah pulih daripada belenggu dadah kehidupan kembali bermakna. Impian yang disemat boleh direalasasikan dengan penuh u0003kebanggaan.

AMBANG HIDUP BARU

Muhammad Harraz Mohamad Nizam

grafik

Motto ini disarankan seiring dengan konsep kehidupan rama-rama yang penuh warna-warni. u0003Ia juga memberi makna sebuah kebebasan yang dinikmati oleh mereka yang terjerumus ke dalamu0003masalah dadah. Melangkah ke ambang baharu dalam kehidupan dengan penuh semangat dan ceria.

HIDUP INDAH TANPA DADAH

AINNUR AMIRA BINTI ANUAR

Tiada

Kehidupan lebih bermakna sekiranya menjauhi diri daripada dadah.

Ingat Tuhan,
Ingat Dunia,
Ingat Negara,
Ingat Bangsa,
Ingat Keluarga,
maka wujudlah sinar sejahtera.

LANGKAH KANAN MEMBAWA PERUBAHAN

MUHAMMAD FAIZUN BIN SUPIAN

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Untuk melakukan perubahan, langkah kanan iaitu langkah awal untuk seseorang yang benar-benar ingin berubah dan keluar dari kepompong najis dadah perlu dilakukan bagi menjamin langkah yang seterusnya ke arah merialisasikan perubahan yang diimpikan. Bagi merialisasikan perubahan tersebut,inisatif diri amat penting. Hal ini bermaksud dalam setiap perubahan atau perkara yang hendak dilakukan perlulah dengan kerelaan diri dan tekad yang ditanam dalam hati. Di samping itu,peranan dan bantuan daripada pelbagai pihak seperti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) amat penting bagi mengajak setiap ahli masyarakat di Malaysia secara amnya dan khususnya kepada individu yang sebelum ini terjebak dengan gejala dadah untuk berubah ke suatu fasa hidup yang lebih baik.



HIDUP HARMONI TAMPA DADAH

MOHD AZNIL BIN ABDUL KAFRAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAGASAN SEMPORNA SABAH

HIDUP AKAN LEBIH BAIK DAN AMAN DAMAI KERANA TIDAK BERLAKUNYA PERGADUHAN.

DADAH MEMBAWA KEMUSNAHAN NEGARA

GONDIAN KONTUNEH

TIADA

NEGARA AKAN KACAU-BILAU DAN BERLAKUNYA KEMOROSOTAN EKONOMI SERTA PERASTASI NEGARA AKAN JATUH.

SEHATI SEJIWA PERANGI DADAH

NUR AZWA NIZA BINTI ABDUL KAFRAH

TIADA

SAMA-SAMA MEMBENTERAS NAJIS DADAH UNTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT DAN NEGARA.

MENSEJAHTERAKAN KEHIDUPAN RAKYAT DARIPADA DADAH

NURAINI

Smk.tagasan

Mensejahterakan kehidupan rakyat daripada dadah..maksudnya hidup rakyat sempurna tanpa dadah

BERBAKTI, BERSIH, BERSEDIA, DIDIK

Muhammad Nazrul Asraf Bin Jailani

UniKL Institute of Product Design and Manufacturing

Berbakti: Sesungguhnya seluruh anggota dan tenaga kerja pemadam mencurahkan sepenuh jiwa dan raga mereka untuk berbakti kepada semua lapisan masyarakat berbilang kaum agar terhindar daripada pengaruh dan perkara yg melibatkan penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita berada dalam satu landasan dan satu tujuan membebaskan malaysia daripada masalah dadah akan tercapai.

Bersih:Anggota PEMADAM dan Pihak kerajaan bekerjasama dalam membantras gejala penagihan dadah dalam apa-apa bentuk serta membantu bekas penagih dadah melalui penjagaan lanjutan agar mereka bersih sepenuhnya dari pengaruh dadah.

Bersedia: Anggota Pemadam sentiasa bersiap siaga dalam membanteras segala hal berkaitan najis dadah daripada mendidik anak bangsa tentang bahaya penyalahan penggunaan dadah sehinggalah memusnahkan tmpat penagihan dadah.PEMADAM telah bersiap sedia dengan melatih para pemimpin PEMADAM khususnya golongan muda dari semasa ke semasa terutama golongan ipt .

Didik :Pemadam mendidik masyarakat Malaysia dengan pelbagai program pendedahan tentang bahaya penyalahgunaan dadah tanpa mengira umur pangkat dan darjat. Pemadam mendidik masyarakat dgn pelbagai jenis program yang bersesuian dengan lapisan umur masyarakat negara kita agar bahaya penggunaan dadah lebih cepat di fahami.

SIFAR DADAH BANGSA MERDEKA

AHMAD AMIRUDDIN AKMAL B. AHMAD FUAAD

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

SIFAR DADAH BANGSA MERDEKA BERMAKSUD PENANDA BANGSA YANG MERDEKA BUKAN HANYA TERLETAK PADA NEGARA YANG MERDEKA SEMATA-MATA. MASYARAKAT YANG BEBAS DARIPADA DADAH JUGA MERUPAKAN BANGSA YANG MERDEKA KERANA AKAN LAHIRNYA GENERASI PENERAJU KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA. DEMI NEGARA YANG TERCINTA.

HIDUP SIHAT TANPA DADAH UNTUK MENJADI INSAN YANG KAMIL

MOHAMAD SYAFIQ BIN MOHAMAD SARWANI

MAHSA PRIMA INTERNATIONAL COLLEGE

Kehidupan menentukan tingkah laku yang baik supaya tidak terlibat dalam "kancah dadah" kerana membawa padah dalam kehidupan.

Akal Sihat Badan Sihat.

Bila akal sihat badan sihat akan membentuk seseorang menjadi insan kamil.

"Kamil" bermaksud sempurna tingkah laku yang baik di sisi agama di dunia dan di akhirat.

INDAHNYA SEMENTARA, SENGSARA SELAMANYA

HAMIRUL ASRAF BIN ZAINOL ABIDIN

PERSENDIRIAN

Motto ini bagi memperingati kepada rakyat bahawa keindahan yang kita cari bukan hanya terletak pada kepuasan nafsu semata. Demi mencari ketenangan, lama kelamaan akan terjerumus dalam kesengsaraan. Oleh itu, jangan sesekali mendekatkan diri dengan najis dadah.

Belia sedar kedurjanaan dadah, bakal pemaju generasi dunia.

Yasmin Suraya binti Ismail

Universiti Malaysia Terengganu

Bangsa muda yang merupakan tulang belakang negara tercinta perlu membina benteng dan jauhi racun dadah supaya bala kehancuran pemusnah wawasan ini tidak akan dapat mengawal dan menjajahi minda dan badan belia yang merupakan peneraju generasi akan datang.

DADAH, PEROSAK BANGSA DAN NEGARA

FARIDATUL AMIRAL BINTI MEDI @ NORDIN

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

DADAH MERUPAKAN BARAH KEPADA MASYARAKAT KITA, AKIBAT PENYALAHGUNAAN DADAH BANGSA DAN NEGARA KERUGIAN DAN KEHILANGAN GENERASI MUDA IAITU PERMATA KEPADA NEGARA MALAYSIA YANG MENUJU STATUS NEGARA MAJU. PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA (PEMADAM) MERUPAKAN PENAWAR KEPADA KEBEBASAN NEGARA DARI ANCAMAN DADAH.

Setiap jiwa itu bernilai, hapuskan pangkal dadah

Norzahierah binti noho

Smk beluran sabah

Setiap manusia itu mempunyai nilai dan erti, disebabkan penggunaan yang berlebihan kepada dadah boleh menyebabkan hilangnya erti dan nilai seseorang manusia. Oleh itu, cegahlah dadah itu daripada akar umbinya agar tiada lagi dadah-dadah.

hulurkan tangan memerangi dadah

Shah Azamuddin Bin Anuar

Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics

tanggungjawab semua golongan masyarakat Malaysia untuk perangi dadah tak kira usia dan kaum demi masa dapan jenerasi masa hadapan bebas tampa dadah.

Dadah, PILIH untuk TOLAK!

Muhammad Syafiq Bin A Razak

Hidayah Centre Foundation

Dalam kebanyakkan keadaan, kita diberikan ruang untuk membuat pilihan. Samada untuk mengambil dan TERIMA atau untuk TOLAK dadah ini. Jadi di persimpangan antara dua pilihan ini, andai kita memilih untuk TOLAK maka kita telah membuat suatu keputusan yang amat bijak manakala andai kita memilih untuk TERIMA maka kita telah membawa diri kita hampir kepada kebinasaan dan kesengsaraan.

maka

DAadah, PILIH untuk TOLAK!

BERSAMA MENCEGAH MAFSADAH DADAH

HELMIZAN BIN AHMAD

BERNIAGA

Seiiring dengan kemajuan negara menuju TN50, salah satu impian ini dapat dizahirkan dengan mencegah kehancuran (mafsadah) yang disebabkan oleh bahaya dadah. Hal ini akan menjadi realiti apabila segenap lapisan berganding bahu dalam dalam wacana ini, ibarat kata pepatah "Bulat air kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat", tambahan pula tonggak negara yang sihat juga adalah pemangkin kepada kesejahteraan negara, yang mana hasilnya akan membawa kepada negara yang sihat serta bebas dadah sekaligus mencapai visi PEMADAM itu sendiri iaitu "Masyarakat Malaysia Bebas Ancaman Dadah". Dalam pada itu, slogan PEMADAM itu sendiri dapat menjadi antara objektif utama motto ini dihasilakn yang mana apabila dadah dicegah secara tidak langsung hidup akan menjadi lebih bererti dan bahagia, tuntas pencegahan ini akan dapat direalisasikan bermula daripada individu itu sendiri dan seterusnya keperingat dalam masyarakat. Sabda Rasulullah "sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu" (HRB). Justeru, hak-hak ini perlulah dilaksanakan dengan menjauhi perkara yang merosakkan diri khususnya dalam konteks perangi dadah sesuai dengan motto "BERSAMA MENCEGAH MAFSADAH DADAH"

BEBAS DADAH HIDUP INDAH

MOHAMAD ZHARIF ADHAM BIN MOHAMAD AMRAN

KOLEJ SUNWAY

DADAH. Asal dadah bukanlah sebagai racun, namun penawar. Namun, kealpaan dan kerakusan manusia menyebabkan dadah disalahgunakan sebagai racun dan memenuhi nafsu manusia. Mereka memilih untuk hidup di bawah belenggu dadah. Oleh itu, saya memilih motto, BEBAS DADAH HIDUP INDAH, bagi menekankan bahawa, kita harus bebas dari belenggu dan penjajahan dadah agar kehidupan seharian kita akan menjadi lebih indah. Ingatlah, kita harus merdeka dan bebas dadah, biarlah kita yang mengawalnya, jagan sekali-kali biarkan dadah mengawal kita.

MAYAT HIDUP MEMBINASA NEGARA

SALINA BINTI SADELI

kerja sendiri

motto ini berterus terang dan semua orang tahu penagih ni macam mayat yang hidup

HIDUP MUSNAH ANGKARA DADAH

AISYATUN NAJIHAH BINTI MOHD AZMI

KOLEJ MARA BANTING

Musnah bererti hancur tidak ada harapan untuk di bentuk kembali. Samalah seperti dadah, sekali kita cuba, sukar untuk kembali ke pangkal jalan. Hidup bukan lagi hanya punah atau rosak tetapi musnah secara keseluruhannya. Walau kita telah berubah, masyarakat masih tetap memandang hina bekas penagih dadah ini.

Keprihatinan Sejagat Tonggak Perubahan.

Wihelmina Michael

Universiti Malaysia Sabah.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, keprihatinan, sejagat, tonggak, perubahan, didefinisikan sebagai:

Keprihatinan
Definisi : 1. kesungguhan menunjukkan minat atau perhatian berat pd seseorang atau sesuatu: ~ terhadap kebajikan sosial dan kepentingan awam; ~ negara-negara Islam terhadap Bosnia-Herzegovina; atas rasa ~ dan tuntutan memenuhi cita-cita bahasa, bangsa, dan negara; 2. perasaan sedih (dukacita) yg amat sangat: lalu diberikan berbagai-bagai alasan dan saranan dgn rasa ~ yg mendalam terhadap peranan yg sudah terabai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Sejagat
Definisi : seluruh dunia; sedunia; antarabangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Tonggak (kata nama)
1. Bersinonim dengan pancang: tiang, turus, pacak, turas, tunggul, patok,
2. Bersinonim dengan asas: dasar, tapak, sendi, lunas, teras, pangkal, pokok, akar, umbi, tunjang, rukun, tiang, sandaran, pegangan, prinsip.,

Perubahan
Definisi : hal berubah; pertukaran; peralihan: Sejak negara kita merdeka, banyak ~ yg berlaku dlm berbagai-bagai bidang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

kesimpulannya,
sikap prihatin yang ditunjukkan dan diamalkan oleh masyarakat di seluruh dunia amnya dan Malaysia khasnya merupakan tonggak dalam usaha membawa perubahan untuk membanteras dadah.

sikap prihatin ini termasuk dalam memberi kerjasama kepada pihak berkuasa iaitu melaporkan kes berkaitan penagihan dadah, memberi pendidikan, pendedahan dan penyebaran maklumat dengan lebih mendalam tentang kesan negatif penyalahgunaan dadah kepada semua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda yang akan menjadi pemangkin kepada negara,

Pada masa yang sama, masyarakat sejagat juga perlu prihatin terhadap bekas penagih dadah dengan tidak mendiskriminasi mereka agar mereka mendapat kekuatan dan dorongan untuk memulakan hidup baru. seterusnya, membawa perubahan dan mengurangkan kes penagihan dadah di dalam negara khasnya. keprihatinan sejagat tonggak perubahan.

MANGKIN GENERASI ANTI-DADAH

ARIF IMRAN BIN ABDUL HADI

UNIVERSITI MALAYA

Mangkin disini membawa maksud perlaksana atau perintis, dimana ia menerangkan objektif utama agensi PEMADAM dalam mendidik masyarakat agar tidak terjebak dengan kegiatan dadah.

SIFAR DADAH MASYARAKAT SEJAHTERA.

Ag.Aswan bin Ag.Mohd Kassim

politeknik mukah, sarawak

pembasmian gejala najis dadah untuk kesejahteraan masayarakat dan negara.

PEMADAM, PEMBASMI DADAH DEMI NEGARA

SURIA BINTI CHE HASSAN

-

AGENSI PEMADAM MERUPAKAN AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBASMI DADAH DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. PERJUANGAN PEMADAM MERUPAKAN CAHAYA KEPADA NEGARA YANG BEBAS DARIPADA ANCAMAN DADAH.

Close Menu