Fokus PEMADAM menjurus kepada program pendidikan pencegahan DADAH di kalangan ahlinya dan masyarakat umum. Perkhidmatan PEMADAM memastikan agenda mendidik masyarakat hidup sihat tanpa DADAH tercapai melalui empat strategik berikut:-

  1. Memperkasakan Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia PEMADAM
  2. Memantapkan Program Pendidikan Pencegahan DADAH
  3. Memantapan Jalinan Strategi di peringkat Kebangsaan & Antarabangsa
  4. Meningkatkan Sistem Penyampaian Organisasi, Pemantauan dan Penilaian Program

Keempat-empat fokus strategik yang dilaksanakan secara serentak supaya 15 PEMADAM Negeri dan 165 PEMADAM Daerah dapat bergerak aktif di peringkat akar umbi. PEMADAM juga melatih pemimpin PEMADAM khususnya golongan muda dari semasa ke semasa untuk menggerakkan agenda Jihad Membanteras DADAH.

PEMADAM juga melihat kepentingan anak muda Malaysia yang belajar dan bekerja di luar negara untuk menjadi agen kepada PEMADAM dalam mempertingkatkan ilmu pendidikan pencegahan DADAH ketika mereka berada di luar negara. Mereka digalakkan menyertai pertubuhan NGO Anti DADAH antarabangsa yang bernaung dengan IFNGO. Ini secara langsung PEMADAM akan mendapat input terkini kaedah dan pendekatan yang dilaksanakan di peringkat antarabangsa dalam memerangi masalah DADAH.

Seterusnya PEMADAM mempertingkatkan perkhidmatannya supaya semua Penaung PEMADAM Negeri memberi perhatian yang serius terhadap peranan PEMADAM di negeri masing-masing. PEMADAM bergerak bersama semua agensi kerajaan, swasta dan NGO untuk merealisasikan visi Malaysia Bebas Ancaman DADAH.

Pemantauan & penilaian pentadbiran serta program PEMADAM dijadikan sasaran utama dalam menjayakan visi dan misi PEMADAM. Ini merupakan agenda utama mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan PEMADAM kepada ahli dan kumpulan sasarnya.

Close Menu